Isnin, 22 April 2013

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Janji atasi bah

Posted: 21 Apr 2013 11:56 AM PDT

Kuala Lumpur: Calon Barisan Nasional (BN) DUN Lembah Jaya, Datuk Baderisham Jolly kecewa dengan masalah banjir di kawasannya yang tidak selesai walaupun banyak kali dilaporkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Justeru, beliau berjanji menyelesaikan masalah yang sering dihadapi penduduk itu secepat mungkin sekiranya diberi kepercayaan untuk menjadi wakil rakyat.


"Keadaan di kawasan ini rendah dan mungkin ada masalah saliran menyebabkan ia mudah dinaiki air setiap kali hujan lebat. Walaupun sudah ada longkang besar, ia tidak dapat menampung sekiranya hujan lebat.

"Justeru saya akan memastikan semua mangsa menerima bantuan secepat mungkin dan masalah banjir ini segera diselesaikan," katanya ketika melawat beberapa rumah di Kampung Tasik Permai, di sini, yang ditenggelami air petang semalam.


Selain itu, Baderisham melahirkan rasa kecewa dengan sistem pembangunan di Lembah Jaya yang dikatakan tidak terancang sejak ditadbir pakatan pembangkang lima tahun lalu.


"Apa sumbangan mereka kepada penduduk kampung? Kepercayaan yang diberikan penduduk langsung tidak dipenuhi dan pelbagai masalah berlaku tidak diselesaikan," katanya.

Foto

BADERISHAM melawat mangsa banjir di Kampung Tasik Permai, semalam.

Sebelum itu, Baderisham yang juga calon muka baru bertemu penduduk bagi sesi suai kenal dan minum petang.


"Aktiviti ini bukan saja dilakukan untuk berkempen sebaliknya ia ruang terbaik untuk saya mendekati rakyat. Insya-Allah jika diberikan kesempatan, saya ingin melakukan aktiviti sebegini dengan lebih kerap.

"Saya menyeru penduduk di Lembah Jaya membuka mata dan memilih pemerintah yang lebih berkaliber untuk mentadbir kawasan ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/22
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved