Rabu, 3 April 2013

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Kembali mengganas

Posted:

Kuala Lumpur: Geng Oxy yang biasanya menggunakan gas oxy dalam kegiatan jenayah mereka kembali mengganas, kali ini memecah dan membakar mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik sebuah bank di bangunan IME lot 22, Jalan Medan Pasar, di sini, semalam dan melarikan wang RM300,000.

Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Arasa yang memberitahu, kejadian berkenaan kemungkinan membabitkan Geng Oxy.


Menurutnya, kejadian terbabit disedari penyelia bangunan berkenaan berusia 39 tahun pada jam 7.45 pagi semalam sebelum dia memaklumkan perkara itu kepada polis.

"Polis yang tiba ke tempat kejadian mendapati satu lubang ditebuk dalam kedai pengurup wang dan pemeriksaan lanjut mendapati dua mesin ATM dan deposit wang yang berada di dalamnya dipecahkan. "Kami percaya suspek menggunakan gas oxy dan penukul untuk memecahkan mesin terbabit sebelum melarikan wang RM300, 000," katanya.


Khairi berkata, polis kini memburu suspek dan mengumpul bahan bukti di tempat kejadian termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian.


"Kami juga akan meminta bantuan pihak bank untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Foto

MESIN ATM yang dibakar penjenyah terbabit, semalam.

"Polis percaya kes ini berlaku awal pagi dan tidak menolak kemungkinan kejadian ini membabitkan Geng Oxy," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/03
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved