Harian Metro: Setempat |
Posted: Kuala Lumpur: Geng Oxy yang biasanya menggunakan gas oxy dalam kegiatan jenayah mereka kembali mengganas, kali ini memecah dan membakar mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik sebuah bank di bangunan IME lot 22, Jalan Medan Pasar, di sini, semalam dan melarikan wang RM300,000. Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Arasa yang memberitahu, kejadian berkenaan kemungkinan membabitkan Geng Oxy.
"Polis yang tiba ke tempat kejadian mendapati satu lubang ditebuk dalam kedai pengurup wang dan pemeriksaan lanjut mendapati dua mesin ATM dan deposit wang yang berada di dalamnya dipecahkan. "Kami percaya suspek menggunakan gas oxy dan penukul untuk memecahkan mesin terbabit sebelum melarikan wang RM300, 000," katanya.
MESIN ATM yang dibakar penjenyah terbabit, semalam. "Polis percaya kes ini berlaku awal pagi dan tidak menolak kemungkinan kejadian ini membabitkan Geng Oxy," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/03 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan