Harian Metro: Setempat |
Posted: Subang Jaya: Kurang lima minit. Itu masa diambil tiga lelaki bertopeng untuk menarik keluar mesin juruwang automatik (ATM) sebuah bank di Putra Heights, di sini, dari tempatnya sebelum mengangkat mesin berkenaan ke dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan dalam kejadian membabitkan kerugian RM229,380 awal pagi semalam. Difahamkan, dalam kejadian jam 3.44 pagi itu, ketiga-tiga lelaki terbabit mengambil kesempatan keadaan sunyi dan gelap di kawasan itu untuk melakukan rompakan berkenaan.
"Rakan saya itu menghubungi polis.
MESIN ATM yang dilarikan penjenayah dalam kejadian, semalam. Menurutnya, berdasarkan rekod, bank berkenaan pernah cuba dirompak 10 bulan lalu.
"Suspek dipercayai menarik keluar mesin ATM itu menggunakan tali sebelum mengangkatnya ke dalam MPV. "Kami juga mendapati nombor plat kenderaan yang dinaiki suspek adalah palsu," katanya. Beliau berkata, jumlah kerugian adalah RM229,380. "Kami masih menjalankan siasatan dan usaha memburu suspek dijalankan," katanya ketika dihubungi, semalam. Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/05 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan