Isnin, 1 Julai 2013

Harian Metro: Arena


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Piala pulang lewat

Posted: 30 Jun 2013 10:18 AM PDT

Kota Bharu: Piala FA dijangka tiba di Kota Bharu Rabu ini berikutan skuad Kelantan terpaksa ke Perak terlebih dulu bagi menghadapi perlawanan Liga Super dengan skuad Seladang, malam esok.

Pengurus pasukan Kelantan Azman Ibrahim berkata, skuad The Red Warriors (TRW) teruja membawa balik trofi berkenaan namun kerana faktor jadual padat, piala berkenaan terpaksa dibawa pulang sedikit lewat.


"Memang tidak dinafikan kita tidak sabar membawa pulang Piala FA ke Kota Bharu bagi dipamerkan kepada seluruh penyokong setia TRW namun kita perlu melupakan sejenak perkara itu kerana masih ada perlawanan penting berdepan Perak.

"Saya harap seluruh penyokong setia TRW menunggu ketibaan Piala FA dengan sabar dan terus memberi sokongan kepada Kelantan untuk perlawanan malam esok," katanya ketika dihubungi, semalam.


Sementara itu, Azman yang juga Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan ( KAFA) berkata, mereka masih belum membuat keputusan berhubung majlis perarakan Piala FA itu.


Katanya, pasukan kini terpaksa melupakan kegembiraan menjulang Piala FA buat kali kedua berturut-turut buat sementara kerana perlu memberi fokus kepada perlawanan dengan Perak, malam esok.

Foto

KAPTEN Kelantan, Mohd Badhri Radzi julang piala bersama Tan Sri Annuar Musa.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/01

PM ucap tahniah

Posted: 30 Jun 2013 10:15 AM PDT

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada pasukan Kelantan kerana sekali lagi menjulang Piala FA.

"Tahniah The Red Warriors kerana sekali lagi berjaya membawa pulang Piala FA. Sukan menyatukan rakyat," katanya dalam tweet terbaharu beliau semalam.

Kelantan berjaya mempertahankan Piala FA 2013 selepas menundukkan Johor Darul Takzim (JDT) 1-0 pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil malam kelmarin. - BERNAMA

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/01
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved