Sabtu, 27 Julai 2013

Harian Metro: Arena


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Merah Kuning sedia gegar

Posted: 26 Jul 2013 09:06 AM PDT

Shah Alam: "Selangor bersedia untuk menentang mana-mana pasukan".

Itu laungan keyakinan pengendali Irfan Bakti Abu Salim menjelang undian peringkat kumpulan Piala Malaysia dijadual berlangsung hari ini.


"Tiada pasukan yang kita mahu elak. Dalam saingan Liga Super, kita hanya tewas kepada LionsXII dan ATM sahaja. Apapun kita tidak memandang rendah keupayaan pasukan lain kerana sasaran kali ini adalah final," katanya selepas aksi persahabatan pertama Selangor menentang pasukan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), malam kelmarin.

Jelas Irfan, skuad kendaliannya juga mengadakan persahabatan dengan juara Piala FA, Kelantan pada 1 Ogos disusuli ATM (3 Ogos) serta satu lagi pasukan yang belum diputuskan tiga hari kemudian bagi membolehkan pemain mendapat rentak sebenar sebelum saingan bermula 20 Ogos.


"Setakat ini kami menjalani latihan tanpa enam pemain kebangsaan namun saya yakin situasi ini tidak banyak menjejaskan persiapan. Saya gembira kerana kecergasan mereka berada dalam keadaan terbaik. Francis Forkey Doe akan kembali ke Malaysia Isnin ini kerana masih ada masalah peribadi yang perlu diselesaikan," katanya.


Aksi persahabatan pertama Selangor malam kelmarin turut disaksikan Setiausaha Agung baru FAS Rosman Mohd Ibrahim apabila hadir memberikan kata-kata semangat kepada pemain dan barisan kejurulatihan Merah Kuning. Rosman dilantik menggantikan Datuk Hamidin Mohd Amin kelmarin.

Foto

PEMAIN Selangor sedia beri tentangan sengit.

Selangor memburu kejuaraan Piala Malaysia buat kali ke-33, muncul naib juara Liga Super musim ini di belakang LionsXII selaku gus menjadi salah satu daripada empat pasukan yang mengetuai kumpulan selain Johor Darul Takzim (tempat ketiga) dan Kelantan (tempat keempat) untuk berada di Balang 1.


Manakala Balang 2 diisi pasukan kelima hingga kelapan Liga Super iaitu Pahang, ATM, Perak dan PKNS FC disusuli Terengganu, T-Team, Sarawak dan Sime Darby.

Balang 4 diisi pasukan ketiga dan keempat Liga Perdana - Johor dan Kedah serta dua pemenang playoff, Felda United dan Negeri Sembilan. Kali terakhir Merah Kuning menjulang kejuaraan berprestij itu pada 2005.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/26

'Saya kecewa'

Posted: 26 Jul 2013 09:03 AM PDT

Kuala Lumpur: "Saya kecewa." Itulah luahan ratu terjun negara, Pandelela Rinong berikutan kegagalannya menghadiahkan pingat dalam acara 10m platform individu akhir Kejohanan Dunia di Montjuic Municipal Pool Barcelona, awal pagi semalam.

Ketika berada di prestasi terbaik selepas menghadiahkan gangsa 10m terjun seirama bersama Leong Mun Yee, Pandelela dilihat berpeluang mengulangi pencapaian itu.


Namun terjunan keempat tidak menjadi hingga menggagalkan atlet Sarawak itu meraih pingat kedua sekali gus memperbaiki pencapaian dilakar pada kejohanan sama di Rome pada 2009 apabila membawa pulang satu gangsa. Pandelela akhirnya terpaksa berpuas hati di kedudukan keenam selepas mengumpul 334.55 mata dalam acara yang dikuasai penerjun China.

"Saya minta maaf atas kegagalan ini. Saya memang kecewa terutama selepas melakukan kesilapan pada terjunan keempat," katanya. Acara 10m platform itu dimenangi Si Yajie yang mengumpul 392.15 mata, perak dimenangi rakan senegara, Chen Ruolin, 388.70 mata manakala gangsa milik penerjun Ukraine, Iuliia Prokopchuk, 358.40 mata. Bagaimanapun Pandelela berada dalam kelas tersendiri apabila menjadi penerjun pertama wanita negara menghadiahkan pingat gangsa ketika temasya Olimpik London tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/26
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved