Jumaat, 26 Julai 2013

Harian Metro: Hati


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Sesuai buat wanita sibuk

Posted: 26 Jul 2013 08:25 AM PDT

Memberi penekanan kepada warna terang dan lembut dalam setiap rekaan pakaian Muslimah, ia menjadi nadi kepada perniagaan Butik Aisy sejak mula beroperasi tahun lalu.

Terletak di Seksyen 7, Shah Alam, pemilik butik, Hartini Ahmad, 35, cenderung melahirkan rekaan yang menjurus kepada paduan warna lembut serta terang menggunakan fab­rik lycra dan kain kapas, yang bukan saja kelihatan mewah, malah selesa disarungkan.

Menurut ibu kepada tiga anak ini, 80 peratus pakaian serta tudung yang ada di butiknya menggunakan kain lycra dan selebihnya diserikan dengan kain kapas yang sejuk, sesuai dengan cuaca negara ini yang panas dan lembap.

Pemilihan kain juga berdasarkan pemerhatian­nya selain seleranya sendiri sebagai wanita berkerjaya yang tidak mahu menghabiskan terlalu banyak masa untuk bersiap apabila keluar rumah.

Foto

KEBANYAKAN pakaian daripada kain warna lembut.

Foto

HARTINI menghasilkan rekaan mengikut idea sendiri dan gaya semasa.

Foto

HARTINI (dua dari kiri) bersama pembantu di butiknya.

Foto

BUTIK Aisy yang selesa menawarkan pilihan gaya Muslimah yang ringkas tetapi menawan.


Kain lycra yang tidak perlu digosok sudah pasti menjimatkan banyak masa terutama wanita sibuk yang menggalas banyak peranan untuk menguruskan keluarga serta karier masing-masing.


"Bagi corak pada kain pula, saya banyak menghasilkan rekaan yang menampilkan kain kosong tanpa corak atau sedikit tampalan renda dan sulaman di sesetengah bahagian baju. Bagi saya, ia nampak lebih cantik dan mudah disuai padan dengan tudung buat mereka yang gemar tudung bercorak.

"Teknik tampalan renda bercorak pada baju dilakukan bagi menampakkan kemewahan tetapi pada sama tidak sarat dan masih tampil anggun.

"Idea menghasilkan setiap helaian pakaian dan tudung dikongsi bersama suami dan kemudian ia diterjemahkan melalui lakaran untuk dijahit oleh tukang jahit. Untuk tampalan sulaman itu, saya lakukan sendiri bagi mendapat kepuasan," katanya.

Selain pakaian daripada kain kosong, Hartini turut menghasilkan rekaan pakaian daripada kain bercorak flora dengan kombinasi warna, khusus untuk pelanggan yang lebih meng­gemari baju bercorak, biarpun kedudukan kain bercorak itu agak unik iaitu di lengan saja.

Hartini memastikan setiap pakaian yang dihasil­kannya tidak jarang dan kain tidak melekat pada badan atau mengikut bentuk tubuh biar apapun saiznya. Apa yang ingin ditampilkan wanita berkenaan supaya setiap Muslimah masih mampu bergaya cantik dan pada masa sama tidak perlu mendedahkan aurat.

"Saya banyak melakukan kajian sendiri kerana paling penting bagi saya adalah untuk menghasilkan pakaian yang sopan dan tidak ketat dengan warna yang mudah dipadankan.

"Ini kerana biarpun ada banyak pakaian Muslimah di pasaran, terdapat juga jubah yang mengikut bentuk tubuh dan ia tidak sesuai dengan imej Muslimah," katanya.

Biarpun setiap produk yang dihasilkan adalah idea­nya sendiri, Hartini tetap mengikuti dan memberi penekanan kepada gaya semasa supaya tidak ketinggalan dalam dunia fesyen yang bergerak pantas.

Malah, setiap bulan, dia pasti tampil dengan idea dan rekaan baru supaya koleksi sentiasa segar dan mampu menarik pelanggan, apatah lagi sejak beroperasi hampir dua tahun, butiknya sudah mempunyai pelanggan tetap yang pasti berkunjung untuk mendapatkan rekaan terkini.

"Bagi mendapatkan idea segar, saya dan suami bergilir-gilir ke luar negara untuk mencari inspirasi dan kain yang berkualiti antaranya di Indonesia, Vietnam dan China kerana di sana kita boleh tahu perkembangan fesyennya yang bergerak terlalu pantas.

"Kain untuk menghasilkan setiap koleksi juga tidak dibeli dalam kuantiti banyak kerana mahu memberikan nilai eksklusif kepada pelanggan. Malah untuk mendapatkan satu warna yang sama juga bagi setiap koleksi bukan mudah, seterusnya menambah tarikan pakaian itu," katanya.

Rekaannya sangat terhad dan tidak akan dijual lagi sekiranya sudah habis dibeli. Apabila satu-satu koleksi habis dijual, dia hanya akan menjual rekaan terbaru de­ngan gaya yang lain pula.

Setiap gaya terkini yang menjadi kegilaan wanita misalnya potongan peplum turut diselitkan pada pakaiannya tetapi ia disesuaikan dengan imej Muslimah supaya tampil sopan.

Ini kerana menurut Hartini, gaya peplum bagi pakaian moden selalunya berada di bahagian pinggang, seterusnya menjadikan baju poto­ngan pendek tidak sesuai, oleh itu gaya peplum yang ditampilkan butiknya direka di bahagian lebih labuh.

Selain itu, Hartini turut menghasilkan rekaan tudung dan selendang iaitu rangkaian Izz by Aisy yang mempunyai corak dan warna yang mudah dipadankan, bukan saja de­ngan pakaian daripada butiknya sendiri tetapi pakaian lain.

Lebih menarik, sengkuap tudung yang dihasilkan ha­nya daripada jenis lembut kerana ia lebih mudah dibentuk, terletak elok dan tidak rosak seperti jenis keras yang agak cerewet untuk dijaga.

Disebabkan gaya rekaan yang pelbagai, ramai pelanggannya sanggup datang jauh misalnya dari Singapura dan Brunei semata-mata untuk melihat sendiri pakaian dan jenis kain yang digunakan.

"Kami harus ikut rentak terkini kerana pelanggan pun sudah ramai yang arif mengenai fesyen. Mereka me­ngikut gaya semasa, kada­ngkala lebih hebat daripada penjual. Jadi kami tidak boleh leka seterusnya kehilangan pelanggan.

"Saya turut mendapat pesanan dari luar negara yang gemar membeli dalam kuantiti yang banyak terutama Muslimah di Brunei. Setakat ini, rekaan fe­syen yang ditampilkan menepati cita rasa pelang­gan," kata­nya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/26

Gaya ranggi menawan

Posted: 26 Jul 2013 08:18 AM PDT

Menjadikan alam semula jadi sebagai sumber inspirasi, Flying Nomad menampilkan pakaian serta aksesori sesuai untuk mereka yang gemar mengembara dengan bergaya, biarpun sedang bercuti panjang.

Bagi koleksi musim bunga dan panas, jenama ini membawakan fesyen lelaki dan wanita bertemakan flora dan fauna yang bukan saja unik, tetapi mampu menarik perhatian serta memenuhi selera mereka yang gemarkan kelainan.

Antara koleksi pakaian yang ditampilkan adalah seluar wanita dengan corak warna-warni, seluar pendek Bermuda, blaus, skaf, baju denim, kemeja, seluar panjang dan gaun yang semuanya direka dengan ringkas tetapi tetap menawan.

Bagi melengkapkan penampilan dan setia pada tema alam, jenama berkenaan turut menawarkan pilihan aksesori ringkas, unik dan berwarna-warni, antaranya beg tangan, tali pinggang, kasut, gelang, rantai dan beg duit.

Foto

FESYEN santai untuk mereka yang suka mengembara.

Foto

IMEJ flora menceriakan rekaan Flying Nomad.

Foto

GAYA lelaki lebih yakin dengan penampilan warna berani.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/26
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved