Harian Metro: Arena |
Posted: 07 Jul 2013 09:00 AM PDT Johor Bahru: Kesal dengan mutu pengadilan yang didakwa teruk ketika aksi terakhir Liga Super membabitkan Johor Darul Takzim (JDT) dan Selangor kelmarin, Exco Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Johor berharap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dapat segera meningkatkan mutu pengadilan pada saingan Liga Malaysia (Liga M) yang dilabel masih di tahap amatur. Pengerusinya Datuk Zulkurnain Kamisan berkata, FAM selaku badan induk bola sepak tempatan tidak boleh berlengah lagi dalam meningkatkan mutu pengadilan di negara ini yang didakwanya amat rendah.
"FAM kena ambil langkah drastik untuk mengatasi masalah ini dengan segera. Penonton membeli tiket berhak disajikan perlawanan yang adil tapi apa yang berlaku semalam (kelmarin) amat mengecewakan.
PENJAGA gol Johor DT, Muhd Al-Hafiz Hamzah (kanan) menyelamatkan bola daripada pemain Selangor, Francis Forkey Doe, kelmarin. Zulkurnain berharap Datuk Hamidin Mohd Amin yang baru dilantik sebagai Setiausaha Agung baru FAM dapat mencari jalan penyelesaian terbaik untuk mengatasi masalah yang sekian lama membelenggu arena bola sepak negara.
"Kalau boleh pembaharuan ini perlu bermula pada saingan Piala Malaysia, tidak perlu hingga dua atau tiga musim lagi," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/07 |
Kelantan pertahan emas kali kedua berturut-turut Posted: 07 Jul 2013 08:56 AM PDT Kuala Lumpur: Kira-kira 17 tahun lalu, sukan ragbi bukan sukan diminati golongan muda. Jika ada, hanya dimainkan di tiga buah sekolah saja di Kelantan. Sejarah itu sudah bertukar apabila pasukan ragbi Kelantan meraih pingat emas Sukan Malaysia (SUKMA) 2013 selepas menewaskan Melaka 36-0 pada final ragbi 7 sebelah di padang Kolej Canselori Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, semalam.
"Kami membuat permulaan goyah perlawanan pertama melawan Terengganu tapi akhirnya menang 10-12 selepas ketinggalan 0-10.
"Selepas SUKMA, pertandingan itu akan menjadi satu lagi tumpuan kami. Kami mahu meneruskan rentak kemenangan dan mengangkat martabat ragbi Malaysia sebagai satu sukan menyeronokkan ditonton dan dimainkan," katanya selepas menyaksikan pasukannya melakukan enam try dan tiga conversion pada perlawanan menarik berlangsung di bawah panas terik yang turut disaksikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
"Jerih payah berlatih dan keserasian pasukan semakin baik daripada satu perlawanan ke satu perlawanan. Kami mempamer permainan berpasukan dan tidak membuka ruang kepada lawan.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan