Khamis, 11 Julai 2013

Harian Metro: BeritaUtama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


3 atlet bola baling dituduh merogol

Posted: 10 Jul 2013 10:48 PM PDT

PETALING JAYA: Tiga atlet bola baling mengaku tidak bersalah di tiga Mahkamah Sesyen berasingan di sini sebentar tadi terhadap pertuduhan merogol seorang pegawai tambahan wanita ketika Sukan Malaysia (SUKMA) 2013, Khamis lalu.

Ketiga-tiga tertuduh yang berusia 18 dan 19 tahun masing-masing didakwa secara berasingan melakukan perbuatan itu terhadap mangsa di Universiti Putra Malaysia (UPM), pada 4 Julai 2013.

Bagi pertuduhan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Tan Gin Han manakala tertuduh diwakili peguam Stephanie Wong serta Datuk Suraj Singh.


Mahkamah membenarkan ketiga-tiga tertuduh diikat jamin RM10,000 setiap seorang dengan syarat tambahan iaitu tertuduh melapor diri di balai polis berhampiran kediaman sebulan sekali dan dilarang mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan.


Tarikh sebutan ditetapkan pada 20 Ogos ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/11

Letupan ciptaan awal puasa

Posted: 10 Jul 2013 03:29 PM PDT

Alor Setar: Tindakan berani sekumpulan remaja bermain mercun buatan sendiri mengundang padah apabila dua daripada mereka melecur di muka dan jari kanan selepas batang paip besi yang diisi belerang meletup sebaik dicucuh api, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, mangsa, Muhammad Aiman Amzar Jamsari, 13, dan Mohamad Hanif Mohd Nawi, 14, dikatakan bermain dengan 15 rakannya di Padang Permainan Taman Bersatu, Baling, tiba-tiba menjerit kesakitan selepas mercun itu terkena muka mereka.

Difahamkan, mangsa terbabit adalah kes pertama yang terkena mercun di negara ini ketika umat Islam baru menyambut hari pertama bulan Ramadan, semalam.

Muhammad Aiman melecur di muka dan jari kanan dimasukkan ke ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini manakala Mohamad Hanif melecur di muka dan masih dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani.

Foto

MUHAMMAD Aiman menerima rawatan di HSB.


Difahamkan, mangsa dikatakan pulang ke rumahnya di taman perumahan itu yang terletak kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian seorang diri, tetapi ketika kejadian ibu bapa serta adiknya tiada di rumah kerana menunaikan solat Tarawih di surau berhampiran.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/11
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved