Khamis, 11 Julai 2013

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


'Saya datang sini mahu belajar'

Posted: 10 Jul 2013 03:09 PM PDT

Shah Alam: "Saya tak lakukan kesalahan dan encik tidak boleh tahan saya. Saya datang ke Malaysia untuk belajar di kolej," kata seorang daripada awang hitam yang ditahan dalam Ops Kutip Jabatan Imigresen Selangor sekitar daerah Kajang, kelmarin.

Namun helah lapuk itu sudah tidak mampu 'memancing' anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Selangor yang menahan lelaki berusia 20-an itu kerana didapati tinggal di negara ini melebihi tempoh.


Dalam operasi selama tujuh jam itu, Jabatan Imigresen menahan 35 lelaki, empat wanita dan empat kanak-kanak berusia antara satu hingga 50 tahun dari pelbagai negara seperti Nigeria, Indonesia, Bangladesh, Thailand dan Nepal. Penahanan itu hasil aduan orang ramai yang rimas dengan lambakan mereka di kawasan kediaman mereka.

Timbalan Penolong Pengarah Operasi Jabatan Imigresen Selangor Othman Montil berkata, ada antara warga asing yang ditahan dalam operasi itu bermati-matian tidak mengaku mereka melakukan kesalahan imigresen kerana mendakwa memiliki pasport.


Beliau berkata, selepas pemeriksaan lanjut dijalankan, pihaknya mendapati warga asing yang ditahan mempunyai pasport, tetapi sudah tamat tempoh dan ada antara mereka yang cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa.


"Selain itu, kami juga mendapati ada warga asing yang ditahan menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan bekerja di negara ini antaranya sebagai pembantu restoran dan pengawal keselamatan," katanya.

Foto

ANGGOTA penguat kuasa memeriksa dokumen perjalanan pembantu restoran yang ditahan.

"Perlu diingatkan, warga asing yang mahu bekerja di negara ini perlu mendapatkan permit kerja terlebih dulu dan tidak hanya menggunakan pasport semata-mata sebagai 'tiket' untuk bekerja," katanya kepada Harian Metro.


Othman berkata, pemeriksaan dijalankan di beberapa tempat di sekitar Kajang antaranya restoran, kedai runcit dan juga kawasan kediaman.

Katanya, pihaknya akan terus menjalankan penguatkuasaan dan serbuan di sekitar negeri ini terutama di kawasan tumpuan warga asing serta tidak sesekali berkompromi.


"Semua yang ditahan kini ditempatkan di Depoh Tahanan Imigresen Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang untuk siasatan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/11
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved