Jumaat, 5 Julai 2013

Harian Metro: BeritaUtama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Kembali normal

Posted: 05 Jul 2013 12:24 AM PDT

Iskandariah (Mesir): "Alhamdulillah, suasana di sini kembali normal setelah seminggu penunjuk perasaan anti-Morsi berkampung. Cuma kedengaran bunyi helikopter berlegar di udara sepanjang hari," kata selebriti TV dan Duta Aman Palestin, Farrah Adeeba Mohamed Ashraf, 35, yang kini berada di Iskandariah, Mesir bersama anak dan adik-adiknya bagi menghadiri kelas bahasa Arab & Al-Quran sejak awal Jun lalu.

Menurutnya khemah penunjuk perasaan yang memenuhi taman berhampiran rumahnya sejak minggu lalu juga telah tiada.

"Sepanjang minggu lalu kami hanya keluar untuk menghadiri kelas pada waktu pagi kerana itulah waktu penunjuk perasaan tidur. Perasaan berdebar sudah pasti ada namun secara umum suasana agak tenang antara waktu pagi hingga zohor," katanya ketika dihubungi semalam.

Bagaimanapun katanya keadaan kembali tegang dari waktu asar hingga ke lewat malam, dengan laungan anti Morsi, perarakan sepanduk, letupan mercun, tari menari serta bunyi hon kereta bertalu-talu.


"Kebanyakan masyarakat di sini meraikan penggulingan Morsi. Namun seorang rakan rakyat Mesir memberitahu saya dalam nada sedih, 'Mesir melalui hari-hari yg aneh. Mereka yang dibenci dan dianggap sebagai musuh rakyat sewaktu revolusi dua tahun lalu, hari ini dirai bagai pahlawan. Mesir kembali dikuasai tentera,'" ujarnya.


Selain itu Farrah juga sering berkomunikasi dengan pelajar di sini yang tidak berapa takut kerana protes kali ini lebih 'kecil' berbanding revolusi dua tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/05

Segalanya terlewat

Posted: 04 Jul 2013 01:03 PM PDT

Butterworth: Dua nelayan di Pantai Bersih dekat sini, masing-masing kerugian kira-kira RM15,000 seorang apabila enjin dan pukat mereka rosak berikutan bot terbalik dipukul ombak kuat, semalam.

Kejadian berlaku jam 10.30 pagi apabila dua daripada lebih 10 bot yang ditambat di tepi pantai berkenaan dipukul ombak lalu terbalik menyebabkan enjin dimasuki selut manakala pukat bergulung serta tidak boleh digunakan lagi.

Fenomena ombak besar berkenaan dipercayai akibat peralihan monsun antara Julai hingga September setiap tahun tetapi ombak besar dikatakan bermula lebih awal tahun ini iaitu sejak Mei lalu.

Kejadian dikatakan berlaku dalam tempoh beberapa minit menyebabkan nelayan yang berada di tepi pantai tidak sempat berbuat apa-apa.

Foto

MOHD ZAHARI cuba menyelamatkan botnya yang terbalik akibat dipukul ombak.


Seorang nelayan, Mohd Zahari Che Mohd Noor, 41, berkata, ketika kejadian dia berada di rumahnya di Jalan Tambi Kechil, dekat sini, sebelum dihubungi rakan yang memaklumkan botnya terbalik.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/05
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved