Jumaat, 5 Julai 2013

Harian Metro: Rap


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Fahrin: 'Hati saya belum terisi'

Posted: 04 Jul 2013 06:23 AM PDT

Jarang muncul di kaca televisyen, pelakon kacak Fahrin Ahmad mengakui selesa bergelar pengacara ketika ini. Apatah lagi menjelang Ramadan beberapa hari lagi dia memilih untuk berehat dan menghabiskan masa bersama keluarga tercinta di samping mengerjakan solat terawih bersama-sama.

Ditemui pada majlis pelancaran Cherita Di Pagi Raya Habib Jewels baru-baru ini, Fahrin yang kelihatan segak berbaju Melayu mengakui gembira dengan kehidupan yang dilalui kini meskipun sedar hatinya masih kosong belum terisi.

"Kehidupan yang dilalui mengajar saya menjadi lebih matang, walaupun mengakui kadang kala cemburu melihat teman sekolah dan kawan-kawan sebaya sudah berkeluarga dan mempunyai anak-anak kematangan membuatkan saya lebih kuat.

"Kadang kala saya seperti tiada perasaan apabila melihat semua itu mungkin disebabkan kesibukan kerja sebagai pelakon juga menjadi salah satu sebab mengapa saya tidak terlalu memikirkan soal cinta.

Foto

Artis popular bersama Datuk Meer.

Foto

SUASANA meriah dimajlis anjuran Habib Jewels.


"Apa yang penting sekarang keutamaan adalah kerja selain menghabiskan masa bersama kedua-dua ibu bapa di Skudai, Johor. Lagipun ibu saya sakit sekarang dan terpaksa bergantung pada kerusi roda," katanya.


Fahrin yang hadir sebagai pengacara majlis pada hari berkenaan turut diapit barisan artis jelita seperti Fouziah Gous, Nabila Huda dan Maria Farida yang turut memperagakan koleksi terbaru Habib sempena Hari Raya tidak lama lagi.

Antara koleksi yang diperkenalkan ialah Oro Italia 916, Arabesque yang menampilkan rekaan Islamik terbaik dan koleksi batu permata pelbagai warna yang diikat dengan paladium khusus untuk lelaki. Hadir sama melancarkan koleksi Hari Raya berkenaan ialah Pengarah Urusan Habib, Datuk Meer Habib dan isteri.

Berkongsi sambutan Ramadan tahun ini, Fahrin berkata, banyak tawaran berlakon yang terpaksa ditolak dan ada dalam pertimbangan lagi.

"Kerap menerima jemputan sebagai pengacara majlis membuatkan saya selesa untuk memberi fokus dalam bidang ini. Bukan tidak mahu berlakon tetapi apabila tibanya Ramadan saya lebih suka berehat dan menghabiskan masa solat terawih dan berkumpul bersama keluarga.

"Lagipun menjadi pengacara tidak mengambil masa lama berbanding berlakon berhari-hari saya akan berada di lokasi justeru banyak tawaran yang terpaksa dipertimbangkan.

"Selepas raya ada juga beberapa tawaran berlakon diterima namun saya masih belum memberikan sebarang jawapan. Bukan tidak mahu aktif berlakon tetapi untuk beberapa bulan ini saya ingin berehat sebentar dari bidang lakonan dan memberi fokus pada pengacaraan yang sekarang cukup selesa untuk saya," katanya.

Selain aktif mengacara, Fahrin turut mengakui aktif menjadi penceramah sambilan dengan berkongsi pengalaman sebagai pelakon melalui aspek pembangunan sahsiah dan personaliti dandanan yang harus diambil kira sebagai seorang pelakon.

Masih kekal sebagai duta produk Garnier dan Shell, Fahrin turut disunting menjadi duta produk Ali Cafe yang mana iklan membabitkan Fahrin akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/04

Zizan: 'Saya tiada niat buat hal'

Posted: 04 Jul 2013 06:20 AM PDT

Bukan satu atau dua cerita timbul mendakwa pelawak dan pengacara terkenal, Zizan Razak semakin tidak berdisiplin dan bersikap besar kepala sejak akhir-akhir ini.

Walaupun bukan isu baru, ia masih diperkatakan segelintir pihak yang pernah bekerjasama dengan pemilik nama penuh Mohd Razizan Abdul Razak menerusi pelbagai program televisyen atau filem.

Namun, Zizan yang sudah lali dengan pelbagai gosip menghadapi dakwaan berkenaan dengan tenang dan terbuka.

Katanya, jika ada pihak yang tidak berpuas hati dengan tindak-tanduknya, ia bukan disengajakan kerana dia berusaha memberikan komitmen penuh dalam setiap kerjanya.


"Saya langsung tiada niat atau sengaja buat hal. Walaupun saya akui jadual padat menyebab­kan saya kurang rehat dan penat, ia bukan alasan untuk saya ambil mudah kerja saya.


"Setiap hari selepas bangun tidur, saya sentiasa beringat diri ini masih terlalu hijau dalam bidang ini. Tiada sebab untuk saya bersikap besar kepala," katanya kepada RAP, baru-baru ini.

Katanya, isu kelewatan atau masalah disiplin kadang-kadang tidak dapat dielakkan berikutan kerjayanya yang terikat dengan pelbagai komitmen serentak.

Mahu tidak mahu, lewat ketika menghadiri penggambaran atau acara tetap akan timbul dan tidak dapat dielakkan.

"Bukan sengaja mahu menyusahkan orang lain tetapi kerana kesibukan saya dengan banyak komitmen. Saya selalu berusaha memberikan terbaik dalam setiap komitmen," katanya.

Tambahnya, dia sentiasa sedar pendapatan dalam dunia hiburan ini diperoleh daripada jaringan hubungan yang baik dengan orang sekeliling
.
Justeru, katanya, tidak mungkin dia berasa bangga diri dengan kedudukan dan populariti dimiliki sekarang.

"Kalau saya salah, saya meminta maaf. Apa yang saya terkilan, hanya satu atau dua kesalahan orang lain membesar-besarkan keadaan sebegitu teruk.

"Kalau orang sudah tidak suka, bagi emas atau permata pun tetap orang hina juga. Saya hanya reda," katanya.

Tiada sebab sorok hubungan dengan Emma Maembong

Pendirian dan reaksi hos program Melodi ini berhubung dakwaan hubungan cinta dengan aktres berdarah kacukan Emma Maembong tetap sama biarpun berulang kali dia ditanya persoalan itu.

Katanya, bukan dia mahu mengelak atau menyembunyikan cerita sebenar tetapi hakikatnya mereka sekadar kawan biasa.

Malah, apabila ditanya mengenai tindakan terbarunya yang menghantar salinan (tagged) gambarnya di Paris minggu lalu di laman Instagram kepada aktres itu, Zizan menganggap gosip itu sengaja diperbesar-besarkan.

"Saya 'tagged' kepada dia gambar-gambar di Paris kerana dia pernah memberitahu sukakan Paris dan bukan saya mempunyai niat lain ataupun kami sedang bercinta.

"Orang cuma membesar-besarkan perkara itu. Kami memang tidak ada apa-apa (hubungan cinta)," katanya.

Jelasnya, sebelum ini juga dia kerap menghantar gambar-gambarnya di laman itu kepada artis wanita lain tetapi ia tidak pernah dijadikan isu.

Zizan berkata, dia juga tidak mempunyai sebab untuk menafikan hubungan itu jika benar mereka bercinta.

"Soal takut hilang populariti itu tidak timbul kerana kerjaya dan peribadi adalah perkara berbeza. Malah ramai artis lain yang bercinta dan berkeluarga berjaya dan masih diminati peminat.

"Cuma hubungan kami memang sekadar kawan buat masa ini. Tapi saya tidak dapat meramalkan apa yang akan terjadi pada masa hadapan," katanya yang baru menjalani penggambaran iklan untuk jenama Sony selepas dilantik sebagai duta produk itu baru-baru ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/04
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved