Jumaat, 5 Julai 2013

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


19 kedai makan diarah tutup

Posted: 04 Jul 2013 12:55 PM PDT

Shah Alam: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor mengarahkan 17 gerai dan dua restoran di kawasan Seksyen 2, di sini ditutup serta-merta selepas didapati tidak memenuhi kriteria yang telah ditetapkan kementerian dalam Ops Makanan Tak Suci kelmarin.

Dalam operasi bermula jam 3.30 petang itu, sebanyak 24 gerai dan restoran di kawasan berkenaan diperiksa 75 anggota serta pegawai penguat kuasa jabatan berkenaan.


Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Azman Abu Bakar berkata, pihaknya menjalankan operasi itu bagi meningkatkan penguatkuasaan ke atas kebersihan premis makanan.

"Premis makanan yang tidak mematuhi elemen penting kebersihan seperti peralatan serta pengendalian makanan yang tidak bersih akan diarahkan tutup mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983 untuk kerja pembersihan.


"Sekiranya pemilik tidak mematuhi perintah penutupan itu, mereka boleh dipenjara lima tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan," katanya pada sidang media selepas operasi itu di Seksyen 2, dekat sini.


Dr Azman berkata, operasi itu juga bertujuan memastikan premis makanan yang diperiksa berdaftar dengan Sistem FoSIM Domestik di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memudahkan proses pemantauan pihak jabatan.

Foto

DR Azman (kanan) melihat lantai di sebuah gerai makan yang sudah rosak.

Foto

KEADAAN dapur digenangi air.

Foto

KEADAAN dapur di sebuah gerai yang kotor.

Katanya, setakat ini, hanya 8,098 daripada 26,122 premis makanan di seluruh Selangor yang telah berdaftar di bawah sistem itu dan pihaknya berharap selepas pemeriksaan seumpama ini, pemilik perniagaan mempunyai kesedaran untuk mendaftar.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/05
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved