Isnin, 29 Julai 2013

Harian Metro: Rap


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Advertorial: Kedahsyatan makluk Deados

Posted: 28 Jul 2013 03:27 PM PDT

Menangkap penjenayah sebagai polis detektif bukannya susah bagi Nick Walker (Ryan Reynolds), tetapi kesemuanya bukan semudah apabila menghadapi makluk akhirat Deados semasa betugas di Rest In Peace Department ataupun R.I.P.D.

Konsep makluk Deados adalah baru kepada R.I.P.D. Idea disebalik ciptaan Robert Schwentke (Red, Flightplan), Phil Hay dan Matt Manfredi (Clash of the Titans) adalah untuk memperkenalkan satu makluk baru yang boleh merentasi dunia akhirat dan dunia nyata.

Roh durjana yang menolak nasib khiamat mereka, bertekad untuk kekal dan menyembunyikan diri di dunia nyata selagi masih boleh.

"Kita hendak mengekalkan rupa musuh Deados sebagai manusia sebelum ia mendedahkan dirinya," kata Manfredi.


"Kita juga berpendapat bahawa konsep orang yang patut mati tapi enggan ke dunia akhirat lebih sesuai diceritakan supaya kita dapat menunjukkan akibat seseorang yang enggan menerima bahawa dia telah meninggal dunia dalam cerita kita; roh anda akan berubah ke rupa yang seakan pelik."


Pereka Alec Hammond, makhluk pereka Crash McCreery dan Eddie Yang VFX dan Juliette Yager ditugaskan untuk mereka bentuk dan kelihatan untuk berpuluh-puluh Deados apabila mereka "muncul," atau mempunyai sifat sebenar mereka diturunkan.

Diberi peluang tanpa had melalui imej digital, mereka bermimpian untuk mewujudkan pelbagai rupa makhluk yang mengancamkan, jahat ataupun lucu. Walau bagaimanapun, satu kaedah yang mudah perlu diikuti: "kemunculan" Deados perlu seiras dengan rupa asalnya semasa ia masih hidup sebagai manusia, dan ia akan muncul sebagai manifestasi besaran jenayahnya terhadap kemanusiaan.

Sebagai contoh, jika dia adalah seorang pencuri semasa ia hidup sebagai manusia, Deados raksasa akan muncul dengan tangan gergasi sebagai sifat sebenar beliau selepas identitinya dibongkarkan.

Sama juga untuk membezakan kewujudan persekitaran Deados, tidak kira di alam mana yang anda berada.

Alec Hammond (Red, Donnie Darko) berkata, "Ia adalah penting untuk membezakan dunia Deados kerana mereka datang dari kewujudan kita sendiri . Mereka boleh menjadi posmen yang menyampaikan surat atau orang yang memberikan anda kopi di kafe. Ia perlu rasa seperti ia boleh menjadi sesiapapun. Mungkin ada sesuatu yang tidak kena, tetapi sebenarnya mereka sedang bersembunyi di depan mata."

Tetapi walaupun Deados dapat menyembunyikan rupa asal mereka di depan mata manusia, jiwa mereka akan mula mereput dan berbau "soul stank", satu frasa yang berasal dari Schwentke.

Sekian lama roh seksa ini berada di Bumi, kejahatannya akan mula mempengaruhi dan meresapi ke persekitarannya dan memberi kesan kepada keseimbangan kosmik.

Kepercayan bahawa dengan membetulkan apa-apa perubahan dan memastikan perintah semula jadi diantara yang hidup dan yang mati kekal neutral, alam semesta akan kekal harmoni.

Apabila Roy Pulsifer (Jeff Bridges) dan Nick menyedari Deados telah berkumpul beramai-ramai dengan rancangan jahat yang boleh memusnahkan keseimbangan diantara kedua-dua alam semesta, kedua-dua anggota polis sedar bahawa ejen-ejen R.I.P.D. adalah satu-satunya yang boleh menghalang alam semesta dari runtuh.

Saksikan pertempuran abadi R.I.P.D. dengan Deados dalam 3D di panggung wayang 1 Ogos ini.

Dapatkan T-Shirt R.I.P.D. dengan menyertai peraduan di sini Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/29

Art Fazil tak sangka lagu meletup

Posted: 28 Jul 2013 07:57 AM PDT

Menghasilkan karya secara bereksperimen satu risiko yang tidak ramai berani untuk melakukannya. Meskipun sekuat mana profil seseorang itu, namun asasnya tetap terletak pada kesanggupan untuk menerima kesannya kelak.

Tidak pernah terfikir lagu ciptaannya akan meledak dan memberi gelombang baru buat pendengar muzik, komposer terkenal Art Fazil yang mencipta lagu Rilek Brader tentunya insan paling gembira kala ini.

Penggiat muzik yang mula berkecimpung sejak 1986 itu mempunyai banyak sebab untuk dibanggakan bukan saja kerana populariti lagu kolaborasinya dengan penghibur veteran Imuda mencanak, tapi juga sebab lain.

Sehingga kini, jumlah tontonan lagu itu di YouTube sudah menghampiri 600,000 dan pelbagai reaksi positif juga berlegar di laman sosial yang menyebut mengenainya pasti cukup memuaskan hati jejaka kelahiran Singapura itu.


Bertemu individu yang sudah mencatat kejayaan tersendiri dalam karier muzik itu, minggu lalu, menurutnya dia tidak pernah mengharapkan kejayaan besar terhadap nasib lagu itu sewaktu menghasilkannya.


"Sebenarnya idea untuk lagu ini sudah tercetus beberapa tahun lalu dan lama juga saya simpan sebelum benar-benar menyiapkannya. Namun, niat asal saya hanyalah membuat percubaan dan projek ini memang main redah saja.

"Tidak terfikir langsung ia akan menjadi hit sebegini dan mendapat reaksi memberangsang­kan kerana pada mula­nya sewaktu dimuat naik dalam YouTube, ramai tertanya-tanya jenis serta rentak lagu berkenaan," katanya.

Meskipun begitu, dia bagaimanapun tetap menitikberatkan pembikinan lagu terbabit dan bukanlah main 'cincai' kerana apapun baginya, dia perlu merasai kepuasan terhadap lagu itu pada akhirnya.

Mendengar melodi Rilek Brader itu sendiri mungkin agak santai dan suka-suka tetapi intipati tetap menjadi perkara penting baginya demi memastikan karya itu menepati kehendak pendengar serta kualiti pada masa ini.

"Asasnya lagu ini berkisar kepada nilai sabar di mana dalam kehidupan seharian, dari dulu sehing­ga sekarang perkataan 'Rilek Brader' itu sudah menjadi ungkapan biasa.

"Bagaimanapun, nampaknya tiada siapa yang tampil mencetuskan perkara itu kepada sebuah karya lagu dan agak memeranjatkan juga. Lama disimpan, saya menggubah semula lagu berkenaan terutama liriknya bagi menyesuaikannya dengan situasi masa kini," katanya.

Apapun, bercerita mengenai sumber inspirasi asal lagu itu, menurut Art, semuanya tercetus menerusi filem Kembara Seniman Jalanan yang turut dibintangi Imuda pada 1986. Filem arahan Nasir Jani itu diterajui Datuk M Nasir, Pyanhabib dan Datuk Khadijah Ibrahim.

Selama 10 tahun juga dia berkelana mencari orang paling sesuai untuk berduet dengannya menjayakan lagu itu. Dua tahun lalu dia kemudian dipertemukan dengan pelakon juga pelukis terbabit.

"Antara sebab saya simpan lagu itu kerana saya terfikir jikalau di­nyanyikan seorang diri, ia seperti tidak lengkap dan tidak cukup ramuan. Maka, sebaik saya berjumpa Imuda pada satu program TV tidak lama dulu, saya terus usulkan kepadanya.

"Biarpun mengambil masa enam bulan untuk disiapkan sepenuhnya tapi saya gembira dapat bekerja dengannya yang sangat 'easy-going' malah sanggup ambil risiko memandangkan jarang-jarang orang lama kini berani berbuat demikian," katanya yang kini aktif di Singapura dan Malaysia.

Berikutan sambutan hebat terhadap lagu berkenaan, pastinya komposer itu kini menaruh harapan Rilek Brader akan pergi lebih jauh dalam industri termasuklah mendapat pengiktirafan.

Bagaimanapun, Art berkata, dia tidaklah mengharapkan sejauh itu. Cukuplah kerja keras itu mendapat perhatian serta paling penting disukai pendengar daripada pelbagai lapisan usia.

"Kepuasan saya untuk lagu ini terletak kepada prestasi lagu itu sendiri baik di radio dan kini sudah boleh dijual secara digital menerusi nada dering. Kejayaan itu sudah cukup meng­gembirakan hati saya kerana sekurang-kurangnya sudah nampak pula­ngannya," katanya.

Imuda puas kembali menyanyi

Kali terakhir muncul dengan single berjudul Kisah Rumahtang­ga pada 1994, bagi pelakon yang popular dengan sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Imuda, sukar untuk menggambarkan keseronokan dapat kembali ke studio rakaman selepas sekian lama.

Tiada kegusaran timbul sewaktu ditawarkan Art untuk berkolaborasi mendendangkan lagu berkenaan, malah perasaan kali ini lebih berbeza berbanding dulu.

"Memang terlalu gembira sebaik Art datang mengusulkan mengenai lagunya itu. Sudah lama tidak menjalani proses rakaman sebegitu, terubat rindu dan memang lagi istimewa," katanya.

Pernah berhenti seketika daripada aktif dalam industri selepas kesihatannya terganggu tidak lama dulu, apapun nampaknya kesibukan Imuda semakin bertambah selepas ini dan penghujung tahun nanti, single barunya juga bakal dilancarkan.

Bukan hanya di bidang hiburan, cukup popular sebagai antara seorang pelukis tersohor tempatan, dia juga tidak sabar untuk mempersembahkan hasil karyanya pada umum tahun hadapan.

"Ada mendapat tawaran berlakon tetapi fokus utama saya sekarang ini masih lagi bidang lukisan. Sebuah pameran solo juga akan saya adakan pada tahun hadapan di mana sebanyak 30 lukisan saya akan persembahkan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/28
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved