Rabu, 3 Julai 2013

Harian Metro: Rap


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Pelayaran indah ke Krabi & Phuket

Posted: 02 Jul 2013 05:51 AM PDT

Keberaniannya dalam mencuba pelbagai jenis resipi pelik dan eksotik memberi peluang buat personaliti Adzriefaiz Adzlan terus mengacarakan program travelog Makan Angin untuk musim keempat yang bakal disiarkan di TV9 setiap Sabtu bermula 6 Julai ini jam 8.30 malam.

Adzriefaiz atau Faiz menga­kui teruja apabila terus diberi peluang mengacarakan program berkenaan di mana secara tidak langsung memberi ruang kepadanya lebih mengenali resipi pelik yang popular dalam kalangan warga tempatan tetapi kurang diketahui umum.

Selain berkongsi resipi pelik, program 21 episod itu turut memberikan pengalaman baru dalam mencari dan memasak makanan eksotik serta unik, yang jarang kita dengar malah Faiz sendiri turut sama memasaknya.

Tidak hanya mengembara ke seluruh negara, Makan Angin kali ini juga menjengah ke luar negara seperti Thailand, Indonesia, Taiwan dan Australia.


Peluang RAP mengikuti penjelajahan mencari makanan eksotik di Pulau Phuket dan Pulau Krabi di Thailand baru-baru ini dengan menaiki kapal persiaran mewah, Superstar Cruise Libra selama empat hari tiga malam memberi lebih banyak pendedahan kepada penulis untuk melihat sendiri bagaimana krew Makan Angin mendapatkan maklumat mengenai sesuatu makanan pelik yang ditemui.


Program anjuran Malaysian Harmony Tour and Travel Sdn Bhd dan Majalah Santai Travel itu turut memberi peluang kepada wakil media merasai pengalaman belayar di atas kapal mewah berkenaan.

Jika sebelum ini, ramai yang meragui akan status halal restoran di atas kapal ini, kini khusus untuk pelancong Muslim, sebuah restoran halal iaitu Restoran Spices dibuka dan turut dilancarkan pada sesi pelayaran berkenaan.

Faiz yang berkesempatan merasai sendiri masakan chef di restoran berkenaan, mengakui antara menu istimewa yang dinikmatinya ialah Sup Ayam Tongkat Ali yang jarang-jarang ditemui di mana-mana restoran.

"Jarang kita dengar sup diperbuat daripada Tongkat Ali. Apabila berada di sini, saya bukan hanya berpeluang merasainya malah turut berkesempatan membantu chef memasak makanan itu.

"Paling menarik mengenai rancangan ini ialah pengembaraan mencari makanan yang unik. Seperti di negara kita sendiri, banyak makanan yang kita jarang dengar dan tidak selalu kita makan.

"Di Phuket, saya berpeluang merasa kerabu obor-obor. Di situ juga terdapat penjual ayam goreng yang rasanya amat sedap. Sebelum ini saya memang tidak gemarkan ayam goreng, tetapi apabila memakannya di Phuket, saya terus gemarkan makanan itu," katanya.

Faiz berkata, fokus utama mereka ialah makanan eksotik dan bukan saja mencari, tetapi dia turut dapat melalui pengalaman memasak sendiri.

"Saya pernah menangkap ayam dan menyembelihnya sendiri. Bukan hanya haiwan, tetapi buah-buahan unik juga saya ada jumpa seperti buah kelempong di Taiping.

"Paling saya tidak dapat lupakan pengalaman merasa masakan Orang Asli di Pahang, begitu juga makanan orang Murut di Sabah. Antara keunikannya ialah mereka memasukkan nasi dan ikan di dalam buluh dan kemudian ia ditanam dalam tanah. Kemudian selepas sebulan barulah ia dimakan dan pasti ramai tidak dapat membayangkan bagaimana rasanya ketika dimakan," katanya.

Antara menu tempatan lain yang ditemui Faiz ialah emping pulut hitam, dangai dan sup gamat. Selain itu, Faiz turut berkongsi kehidupan laut paling unik yang pernah ditemuinya iaitu Bronok, yang dijumpai ketika berada di Langkawi.

Sementara itu, Penerbit Program Makan Angin kali ini, Nurhidayah Sohan berkata, Makan Angin bukan hanya memperkenalkan makanan yang sukar didapati, tetapi turut mempromosikan tempat menarik yang boleh dilawati penonton.

(Yang mengikuti penggambaran Makan Angin di Phuket dan Krabi, Thailand, baru-baru ini).

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/02

Soseh Soseh: Buat-buat sakit sebab tertekan?

Posted: 02 Jul 2013 05:33 AM PDT

Sesetengah manusia memang pandai berlakon. Lebih-lebih lagi kalau profesyen sendiri pun seorang pelakon maka lebih mudahlah untuk seseorang itu melakonkan wataknya dalam dunia realiti, lengkap dengan skrip dan pengarahan buat diri sendiri

Begitulah gosip yang SS dengar semalam mengenai seorang pelakon wanita ini. Selama ini pelakon wanita itu banyak berlakon dengan seorang produser. Dengan erti kata lain dia sudah membuat perjanjian dengan produser terbabit untuk berlakon dalam tempoh beberapa lama sampai dia puas.

Dalam menggilap nama sebagai seorang pelakon, aktres baru itu rupa-rupanya bercinta senyap-senyap dengan seorang aktor muda yang kacak. Dalam diam-diam, mereka menjalinkan hubungan dan bagi SS itu juga bukan satu masalah kerana mereka nampak sepadan.

Bagaimanapun aktor muda yang pernah berlakon dengan produser yang sama dengan kekasihnya itu sudah beralih angin ke produser lain. Jadi mereka berdua tidak lagi selalu dapat berjumpa dan mula berjauhan. Ini ditambah pula dengan dilema aktres muda itu yang dikatakan bosan dengan suasana kerja di produksi sekarang. Dia dikatakan mula rasa tertekan kerana apa yang dimahukan tidak kesampaian apatah lagi produser terbabit seorang yang tegas dalam lembut.


SS dengar-dengar, aktres berkenaan mula 'berlakon' dalam dunia sebenar dengan menampakkan dirinya macam orang sakit sebab gara-gara hanya mahu mengelak daripada kerap berlakon. Kata rakan SS, aktres itu hanya menunggu masa untuk beralih ke produksi lain agar dapat bersama kekasihnya itu. Betul ke sampai begitu sekali?


SS tak pasti sama ada orang-orang di produksi sekarang sudah tahu perkara yang sebenar atau tidak. Bagi SS, dari satu sudut aktres itu tidak profesional kerana pandai berpura-pura, macam orang tidak reti mengenang budi pun ada.

Dari sudut lain pula, produser terbabit mestilah selalu mengambil tahu hal pelakonnya dan selalu berbincang dari hati ke hati. Ingatlah bahawa kru atau pelakon juga manusia biasa dan kalau ada yang tidak puas hati, boleh dibawa berbincang.

SS: Sekadar berlakon teater ketika di sekolah menengah.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/02
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved