Harian Metro: Setempat |
Posted: 06 Dec 2012 01:34 PM PST KUALA LUMPUR: Tidak akan ada lagi peniaga mahupun penjaja yang beroperasi di bahu jalan atau sekitarnya, apabila pembangunan semula Pasar Raja Bot, di sini, yang lebih dikenali sebagai Pasar Chow Kit siap pada 2015. Ia berikutan peruntukan tambahan diminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) baru-baru ini, bagi membolehkan 400 lagi lot niaga dibina, menjadikan jumlah keseluruhannya melebihi 2,000 tapak.
"DBKL masih memohon, belum dapat apa-apa kelulusan. Kami pun tak pasti berapa jumlahnya. Namun peruntukan tambahan ini kalau kita tak dapat pun, masih akan tetap teruskan pembangunan Pasar Chow Kit mengikut fasa yang dipersetujui sebelum ini.
Pembangunan semula Pasar Raja Bot dimulakan pertengahan tahun ini dijalankan mengikut tiga fasa yang menelan belanja RM200 juta bertujuan mewujudkan kemudahan pasar moden yang lebih selesa kepada peniaga dan pengunjung.
Nong Chik berkata, beliau yakin projek siap mengikut apa yang sudah dirancang, malah turut mendapat persetujuan peniaga berkenaan.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/07 |
‘Kami tak kisah niaga 5 hari’ Posted: 06 Dec 2012 01:28 PM PST KUALA LUMPUR: "Majoriti peniaga bazar malam di sini tiada masalah untuk berniaga lima hari seminggu demi menghormati permintaan penduduk," kata peniaga mainan di Uptown Danau Kota, Setapak, Zaidah Lot, 38. Menurutnya, kebanyakan peniaga di bazar larut malam itu akur dengan arahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang hanya membenarkan mereka beroperasi lima hari seminggu kecuali pada Isnin dan Selasa.
"Jangan disebabkan sikap tamak mereka nanti menyebabkan semua peniaga di sini menerima akibatnya apabila uptown ini terpaksa ditutup dan dipindahkan," katanya di sini, semalam.
Penduduk yang juga peniaga, Mohd Abtar Abdul Halim, 53, berkata, peniaga juga perlu menghormati permintaan penduduk sekitar supaya mengurangkan bilangan hari operasi bagi mengelakkan jalan raya mengalami kesesakan teruk.
"Ini hanya masalah kecil dan boleh diatasi sekiranya semua peniaga patuh arahan pihak berkuasa demi kelangsungan uptown ini yang sudah hampir tujuh tahun beroperasi di sini.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/07 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |