Harian Metro: Hati |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Hati To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Harian Metro: Hati |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Hati To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Harian Metro: Setempat |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Harian Metro: BeritaUtama |
Bas kilang bawa 17 pekerja terbabas Posted: 20 Dec 2012 08:24 PM PST NIBONG TEBAL: Dua maut, sementara dua parah selepas bas yang membawa 17 pekerja kilang terbabas dalam satu kejadian di kilometer 150.6 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah utara berhampiran susur keluar Bukit Tambun, di sini, awal pagi tadi. Kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu turut membabitkan sebuah kereta Proton Satria, dipercayai dipandu seorang anggota polis.
Difahamkan, kejadian berlaku ketika bas yang dalam perjalanan dari Batu Kurau, Perak itu cuba memasuki lorong kiri lebuh raya sebelum hilang kawalan lalu merempuh kereta yang bergerak seiring di lorong kiri. Akibatnya, kedua-dua kenderaan terbabas dengan bas terbalik ke kawasan semak di kiri lebuh raya.
Semua mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan lanjut. Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/21 |
Posted: 20 Dec 2012 01:18 PM PST SHAH ALAM: Tidak mahu terus bergelumang dengan dosa, seorang ibu tunggal tiga anak yang menjadi wanita simpanan seorang pegawai kerajaan selama hampir 11 tahun, rela berdepan hukuman apabila menyerah diri di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), di sini, kelmarin. Wanita berusia 40-an itu mengaku sudah empat kali menggugurkan kandungan hasil hubungan haram itu, namun kini insaf selepas menyedari kekasih gelapnya itu hanya menjadikannya alat pemuas nafsu. Malah, dia yang mahu dikenali sebagai Ros berkata, lelaki itu sering memukulnya hingga hidungnya patah akibat dipijak dan wangnya juga dikikis sehingga puluhan ribu ringgit termasuk untuk membeli kereta. Menurut Ros, penyesalannya semakin mendalam selepas anak lelaki yang berusia 10 tahun mengetahui perhubungan terlarangnya itu dan menasihatkannya meninggalkan lelaki terbabit.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/21 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Harian Metro: Global |
Peserta AS raih gelaran Miss Universe 2012 Posted: 20 Dec 2012 11:01 AM PST LAS VEGAS: Peserta Amerika Syarikat, Olivia Culpo dimahkotakan sebagai Miss Universe 2012 malam tadi, menewaskan jelitawan dari seluruh dunia untuk meraih gelaran yang menjadi rebutan jutaan gadis. Tempat kedua dimenangi oleh peserta Filipina, Janine Tugonon. Pemenang tahun lalu, Leila Lopes dari Angola, memahkotakan Olivia, 20, yang jelas sangat teruja untuk menggantikannya.
Peserta Venezuela, Irene Sofia Esser Quintero menduduki tempat ketiga dalam pertandingan itu.
Pertandingan yang bertujuan memilih wanita paling cantik di dunia itu diadakan di Las Vegas tahun ini dan menyaksikan 89 peserta bertanding dalam tiga kategori iaitu pakaian renang, gaun malam dan sesi soal jawab.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/21 |
Posted: 20 Dec 2012 11:00 AM PST MUMBAI: Seorang suami dayus tinggal di atas pokok sejak sembilan bulan lalu dan enggan turun kecuali isterinya meminta maaf kerana bersikap curang terhadapnya. Bagaimanapun, si isteri tidak juga memohon maaf, malah tidak pernah menjenguk suaminya sepanjang tempoh sembilan bulan itu.
Dalam percubaan terakhir untuk memenangi semula hati isterinya, Sanjay memanjat pokok jambu di pinggir kampung dan tinggal di atas pokok itu sejak kejadian berkenaan.
"Apabila kami cuba memujuknya supaya turun, dia mengancam untuk membunuh diri," kata ibunya, Kushma Dev kepada The Asian Age. "Dia makan dan tidur di atas pokok, malah turut membuang air di situ. Kami selalu datang menemuinya dan bertanya jika dia memerlukan apa-apa," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/21 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Harian Metro: Arena |
Ronaldo ‘pulang’ ke Old Trafford Posted: 20 Dec 2012 09:17 AM PST NYON (Switzerland): Cristiano Ronaldo akan kembali ke Manchester United bersama juara sembilan kali, Real Madrid pada pusingan kedua Liga Juara-Juara manakala tonggak Barcelona, Lionel Messi berdepan AC Milan. Bayern Munich, naib juara musim lalu, bertemu Arsenal dan Juventus akan menentang Celtic yang mengejutkan ramai apabila layak ke peringkat kalah mati. Kelab berbelanja besar, Paris St Germain pula berdepan Valencia.
Real, juara Sepanyol, amat mengecewakan pada siangan La Liga musim ini dan sekadar muncul naib juara kumpulan dalam Liga Juara-Juara di belakang Borussia Dortmund.
Sebaik mendapat tahu mengenai undian itu, Ferguson melabel pertembungan itu sebagai perlawanan terbaik yang bakal dinanti-nantikan pada pusingan kedua.
"Saya pasti ia akan menjadi satu perlawanan istimewa buatnya (Ronaldo)," kata Emilio Butragueno, pengarah hubungan institusi Real Madrid. "Peminat pasti amat gembira dengan perlawanan menarik dan sengit ini.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/21 |
Posted: 20 Dec 2012 09:12 AM PST MUNICH: Sebastian Vettel tidak pernah berasa ragu kesahihannya sebagai juara pemandu dunia 2012 di sebalik pertikaian yang mempersoalkan tindakannya memintas Jean-Eric Vergne pada perlumbaan terakhir musim, Grand Prix Brazil. Kejuaraan ketiga berturut-turut pemandu Red Bull itu diragui selepas Ferrari menghantar surat aduan kepada badan induk sukan permotoran dunia, FIA, meminta penjelasan terhadap tindakan Vettel pada pusingan keempat perlumbaan di Interlagos, 25 November lalu.
"Saya tidak pernah fikir melakukan sebarang kesalahan," kata Vettel kelmarin.
FIA kemudian mengesahkan Vettel tidak bersalah dan Ferrari menerima keputusan itu dan menegaskan tidak berniat mempersoalkan kesahihan keputusan perlumbaan itu.
"Namun percaya atau tidak, saya sudah tahu sejak bendera kemenangan dikibarkan, kami tidak melakukan kesilapan." - Agensi Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/21 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Harian Metro: Rap |
Nyanyian menusuk ke dasar hati Posted: 20 Dec 2012 06:05 AM PST MENYOROT sebuah kisah dramatik dan penuh beremosi, Les Miserables, sukar terungkap betapa hebatnya pelaksanaan keseluruhan karya itu. Dikukuhkan dengan barisan bintang lakon layar terkemuka dunia, biarpun setiap detik skripnya dilagukan watak-watak terbabit namun keberkesanan ceritanya tetap menusuk jauh ke dasar hati. Cereka yang sarat dengan elemen penderitaan ini bagaikan nyata dan umpama menyingkap kembali sejarah lama penuh noda. Setiap watak mempunyai kisahnya tersendiri, daripada penyamaran, penindasan, percintaan dan juga perjuangan, melengkapkan keseluruhan filem muzikal berdurasi dua jam setengah itu. Semestinya tidak mudah untuk mengangkat naskhah yang cukup berat daripada novel karangan Victor Hugo, kemudian dibawa pula ke kaca TV dalam pelbagai versi, pasti satu cabaran hebat buat pengarahnya, Tom Hooper. Mempertaruhkan nama tersohor, Hugh Jackman, Russell Crowe, Anne Hathaway, Amanda Seyfried, Sacha Baron Cohen dan Helena Bonham Carter, kisah ini mengimbau kembali zaman abad ke-19 di Perancis, di mana watak Jean Valjean lakonan Jackman menjadi tunjang keseluruhan kisah.
"Masih segar di ingatan bagaimana awal dulu saya terpaksa menghabiskan masa selama tiga jam diujibakat di hadapan Tom. Itu pertama kali saya bekerjasama dengannya dan tidak sangka pula ia bertukar menjadi sebuah bengkel pula. "Selama ini saya ternanti-nanti untuk melakukan filem muzikal dan saya tidak menunggu lama untuk ditawarkan sebarang watak sebaik Tom mengumumkan mahu mencari pelakon. Tidak keterlaluan dikatakan ini antara tindakan paling agresif dan saya terus saja menghubunginya serta mengatur pertemuan untuk membincangkan mengenai watak itu. "Les Miserables antara naskhah muzikal kegemaran saya. Jadi biarpun menjalani sesi yang sangat panjang, saya cukup puas kerana itulah uji bakat paling menyeronokkan pernah saya lalui setakat ini. Sebenarnya ia boleh berlanjutan lebih masa lagi namun saya beritahu Tom, saya perlu balik rumah untuk menidurkan anak-anak saya. "Valjean adalah sebuah watak yang benar-benar hebat. Dia bangkit daripada kejahilan sehingga memegang gelaran Datuk Bandar dan sangat dihormati. Bagaimanapun, sepanjang hidupnya, dia hanyalah seorang penyamar bijak yang menjadi buruan dan terlepas walaupun 20 tahun sudah berlalu. "Dalam tempoh itu juga, dia menempuh perit manis kehidupan namun cukup kental berhadapan dengan cabaran hidup. Dia mempunyai kuasa yang tidak mungkin orang lain ada, tidak mudah lemah dan sememangnya memberikan inspirasi. Sisi kehidupannya benar-benar epik," katanya. Lebih popular dan dikenali sebagai pelakon fizikal lasak terutamanya menerusi watak James Howlett atau Wolverine, Jackman pastinya tiada masalah menjalani latihan fizikal. Namun berbicara mengenai Valjean, dia tidak pernah merasa kesukaran menjayakan watak itu yang menuntutnya untuk menyalurkan seluruh komitmen terhadap fizikal mahupun emosinya. Apa tidaknya, peralihan watak daripada seorang banduan bertukar menjadi Datuk Bandar yang digambarkan berlaku selama bertahun-tahun, bukan proses mudah. Dimulakan dengan keadaannya yang tidak terurus dan kotor hinggalah dia menjadi seorang lelaki segak tampan. "Oleh itu, saya bukan saja mengurangkan pengambilan makanan malah sempat meluangkan masa selama tiga jam ke gimnasium bagi memastikan saya punya stamina seperti wataknya. "Tidak ketinggalan, untuk menguatkan lagi karakter bersesuaian dengan era itu, saya sanggup tidak minum demi kelihatan benar-benar kehausan, cengkung dan tidak bermaya sewaktu penggambaran babak pembukaan yang berlangsung selama 36 jam itu," jelas aktor kelahiran Australia itu. Selain nyanyian emasnya, cukup tidak mengecewakan, Crowe yang melakonkan watak Javert menunjukkan vokal cemerlang dan hal itu diakui sendiri oleh Jackman. "Saya tidak pernah tahu dia seorang penyanyi yang sangat bagus dan sudah banyak membuat persembahan muzikal. Dia mempunyai kesungguhan yang sangat nyata dalam genre sebegini dan tidak sangka kami mendapat seorang pelakon paling sesuai serta kuat daripada segi latar belakang muzik," katanya. Les Miserables menyingkap perjalanan hidup Valjean, seorang tahanan yang berjaya meloloskan dirinya sehingga menemui sinar hidup baru. Perlahan-lahan dia membina kehidupan yang mulanya dia anggap sempurna sehinggalah kehadiran Javert, seorang pegawai polis, menggugat ketenteraman hidupnya. Penyamaran Valjean nyata terbongkar apabila dia sendiri memutuskan untuk menyerah namun satu insiden mengubah pendiriannya menyebabkan dia berterusan melarikan diri. Dia berjanji kepada bekas pekerja kilangnya, Fantine (Hathaway) untuk menjaga anaknya, Cosette, sebelum dia menghembuskan nafas terakhir. Fantine sebenarnya dipaksa menjadi pelacur kerana hidup terdesak. Keputusan Valjean itu ternyata mengubah hidupnya walaupun banyak yang perlu dia rahsiakan selain sentiasa mengelak daripada bertembung semula dengan Javert. Antara fakta menarik mengenai filem ini, kesemua pelakon utama benar-benar menyanyi secara 'live' ketika di set penggambaran dan bukannya 'miming' seperti kebanyakan filem muzikal lain. Selain itu, Hathaway sanggup mengorbankan rambutnya yang panjang dalam babak mahkotanya itu digunting oleh 'ibu ayam' di kawasan pelacuran. Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/20 |
Posted: 20 Dec 2012 05:40 AM PST RAMAI pihak kagum apabila melihat Pentas Seni Kuala Lumpur atau The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC) yang berdiri megah di Sentul, Kuala Lumpur menjadi tumpuan penggiat teater majmuk. Tanpa disedari, pentas sebenarnya berdepan dengan masalah dana yang sememangnya kian serius. Akibat kekurangan dana daripada sektor kerajaan dan swasta, pusat yang bukan berasaskan keuntungan dan sudah beroperasi tujuh tahun ini cuba mengatur pelbagai langkah untuk mencari dana.
Antara usaha itu, Eksekutif Produser KLPAC, Datuk Faridah Merican dan Pengarah Artistiknya, Joe Hafsham, tampil menganjurkan majlis Gala Perdana Di Pentas 1 pada 22 Disember (Sabtu) dan 23 Disember ini. Mereka sedang berusaha untuk mendekati masyarakat agar membantu kos operasi tahunan yang mencecah angka RM3 juta.
"Kami perlu segera mencari dana untuk menggerakkan aktiviti di KLPAC bagi tahun depan. Sebenarnya situasi ini bukan terjadi kepada KLPAC saja, tetapi turut berlaku terhadap pusat kesenian lain di luar negara. "KLPAC bukanlah sebuah organisasi yang mencari profit. Bahkan jualan tiket juga tidak mampu menampung kos produksi dan lain-lain yang berkaitan. "Kos operasi tahunan RM3 juta sebenarnya tidak termasuk kos produksi teater.
"Kami kini memiliki 40 orang kakitangan dan bilangan mereka sangat minimun. Apa yang boleh dibuat, kami sudah buat termasuk memperkenalkan pelbagai langkah penjimatan kos. "Kakitangan kami juga bekerja tanpa elaun lebih masa. Manakala jualan tiket pementasan dikongsi dengan artis. Apa yang boleh dijimatkan kami pasti akan lakukan. "Walaupun dilanda masalah kewangan, ia bukanlah alasan untuk mengganggu misi kami bagi memaju serta membangunkan industri seni kreatif tempatan. Sejak dirasmikan pada 2005, 400 buah produksi sudah dipersembahkan. "Pada 2009, sebanyak 159 kumpulan seni menerima subsidi daripada KLPAC. Tahun lalu, sebanyak 143 karya baru dipersembahkan manakala Orkestra KLPAC sudah melatih 350 pemuzik," katanya. Tambah Faridah, majlis Gala Perdana Di Pentas 1 ini julung kali diadakan dan pihaknya mensasarkan pembabitan masyarakat bagi sama-sama membantu menghulurkan sumbangan. "Persembahan selama dua hari ini akan diisi dengan acara hiburan komedi, tarian dan muzik serta simfoni nyanyian yang akan berlangsung selama lebih sejam. "Malam Gala akan berlangsung pada Sabtu dengan bayaran masuk RM300, RM500 dan RM1,000 melalui majlis koktel sebelum dan selepas persembahan manakala persembahan Ahad pula berlangsung pada sebelah siang, jam 3 petang. Bayaran adalah RM100, RM200, RM300. Sebanyak 100 peratus hasil yang diperolehi menerusi jualan tiket akan dimasukkan ke dalam dana KLPAC," katanya. Untuk pengetahuan, nama-nama penderma akan dipaparkan secara terbuka melalui papan kenyataan Penaung Seni KLPAC yang akan ditempatkan di ruang legar. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Yue May 012 3062179 atau menerusi e-mel helpklpac@klpac.org dan Ian di talian 03-4047 9013 atau e-mel ian@klpac.org. Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/20 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Copyright 2010 All Rights Reserved