Harian Metro: Arena |
Posted: 11 Jan 2013 03:44 PM PST "Saya akan meneruskan tugas sebagai Presiden. Saya seorang pejuang dan banyak lagi perkara berkaitan bola sepak yang perlu saya selesaikan," kata Sultan Ahmad Shah sekali gus menjawab desakan ditimbulkan sekumpulan penyokong tegar bola sepak negara yang menuntut Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu meletak jawatan gara-gara kegagalan Malaysia mempertahankan kejuaraan Piala AFF. Sultan Ahmad Shah yang ditemui sebaik tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuantan petang semalam berkata, desakan itu tidak sesekali menjejaskan tumpuannya untuk terus memperjuangkan arena bola sepak negara.
"Ada juga yang meminta saya supaya terus menjadi Presiden dan buktinya, sekumpulan penyokong yang menyambut kepulangan saya tadi mendesak saya tidak melepaskan jawatan.
Sultan Ahmad Shah berkata, kegagalan Malaysia dalam saingan tertinggi bola sepak Asean itu sesuatu yang biasa dan lumrah dalam arena bola sepak.
|
Terry beraksi buat kali pertama Posted: 11 Jan 2013 11:15 AM PST London: Bekas kapten England, John Terry (gambar), yang tidak beraksi selama dua bulan kerana kecederaan lutut, mengambil langkah pertama untuk kembali ke pasukan utama selepas bermain selama 45 minit bersama pasukan B-21 kelab itu, kelmarin. Aksi pertahanan tengah Chelsea berusia 32 tahun itu ditonton pengurus sementara Chelsea, Rafael Benitez apabila dia tampil sebagai pemain lebih usia ketika kemenangan 2-0 ke atas pasukan jiran, Fulham.
"Dia mempamerkan contoh teladan namun paling penting dia dilihat berada dalam keadaan baik." Lutut Terry tercedera ketika menentang Liverpool, perlawanan pertama sejak kembali daripada penggantungan empat perlawanan kerana meluahkan kata-kata berbaur perkauman terhadap pertahanan QPR, Anton Ferdinand dan dijangka diketepikan selama tiga minggu.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan