Harian Metro: Arena |
‘Buktikan 10 terbaik’ Posted: 01 Jan 2013 08:21 AM PST MUNGKIN agak mengejutkan pengiktirafan diterima Rozaimi (gambar kanan bawah) Abdul Rahman apabila dipilih sebagai 10 pemain terbaik Asia 2012 oleh ESPN baru-baru ini memandangkan pemain muda negara itu bukanlah pemain kebangsaan berbanding pemain lain yang berada dalam senarai itu. Mungkin ada yang mempersoalkan bagaimana pemain tempatan lebih mendapat pengiktirafan pihak luar sedangkan dia gagal mendapat tempat menyarung jersi Harimau Malaya.
Bekas pemain kebangsaan, Reduan Abdullah tidak mahu mempertikaikan pemilihan pengendali negara itu yang tidak menyerapkan Rozaimi dalam skuad Piala AFF 2012 sebaliknya mahu pemain itu membuktikan dia sememangnya berhak mendapat tempat dalam skuad Harimau Malaya selepas ini.
Menerusi laporan yang disiar laman web sukan terkenal, ESPN, Rozaimi berada di tangga kesembilan senarai pemain terbaik Asia 2012 yang menyaksikan pemain Emiriah Arab Bersatu, Omar Abdul Rahman menjadi pilihan pertama manakala bintang Manchester United dari Jepun, Shinji Kagawa kedua.
Malah aksi penyerang itu berjaya mencuri tumpuan jurulatih kelab Thailand, BEC Tero Sasana, Andrew Ord yang mahu mendapatkan khidmatnya namun gagal kerana dia dipinjamkan oleh Sabah kepada Selangor bagi kempen Piala Malaysia.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/01 |
Posted: 01 Jan 2013 08:16 AM PST BRISBANE (Australia): Serena Williams membuktikan penguasaan di Kejohanan Antarabangsa Brisbane apabila membenam pemain Perancis, Alize Cornet, 6-2, 6-2. Pada hari yang menyaksikan pilihan kelima dan keenam, Sara Errani dan Petra Kvitova kecundang, Serena mempamerkan aksi cemerlang untuk menundukkan Alize dalam tempoh sejam.
Pilihan ketiga dari Amerika Syarikat (AS) sebelum itu mengatasi rakan senegara, Varvara Lepchenko pada pusingan pertama.
Manakala dalam undian lelaki, bintang Uzbekistan, Denis Istomin menumpaskan pilihan kelapan dari Slovakia, Martin Klizan, 6-1 6-2 manakala pilihan ketujuh, Jurgen Melzer dari Austria menewaskan pemain kelayakan dari AS, Denis Kudla, 2-6, 6-4, 6-4.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/01 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan