Harian Metro: Arena |
Posted: 07 Jan 2013 12:29 PM PST Kuala Lumpur: Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT) tidak mahu melepaskan Mohd Affize Faisal Mamat untuk beraksi bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerana mahu menggunakan khidmat bekas pemain Harimau Muda A itu bagi kempen Liga Super musim ini. Presiden, Datuk Che Mat Jusoh berkata, mengikut peraturan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), pemain berusia 23 tahun itu perlu kembali ke pasukan negeri kelahiran selepas kontraknya bersama Harimau Muda A tamat.
"Tapi dalam kes Affize, kami memerlukannya. Memang kami tidak mendaftarkan namanya dalam pasukan kerana dia tidak mahu mengadakan perbincangan dengan kami. Kami tidak boleh mendaftarkan namanya jika dia tidak menandatangani kontrak. Tapi hingga kini kami masih mengosongkan satu tempat untuknya," katanya ketika dihubungi Arena Metro semalam.
Mohd Affize Faisal Mamat Datuk Che Mat Jusoh Che Mat bagaimanapun menyangkal dakwaan mereka membuat keputusan pada saat akhir untuk memancing semula Affize selepas ATM berminat mengambil pemain itu.
|
Posted: 07 Jan 2013 12:18 PM PST Kuala Lumpur: Pengurus SCK Honda Racing, Soong Chee Kieong percaya Mohd Fitri Ashraff Razali mampu menjadi pencabar utama merebut gelaran juara kategori CP130 sebaik Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2013 membuka tirai, Mac ini. Sebagai pelumba termuda pasukan, Fitri sudah membuktikan keupayaannya pada musim lalu. Walaupun sentiasa dibayangi tiga rakan sepasukan yang lebih senior, Azlan Shah Kamaruzaman, Norizman Ismail dan Affendi Rosli, dia berjaya menamatkan tiga perlumbaan di atas podium untuk mengakhiri musim 2012 di tangga ketujuh keseluruhan.
Lebih membanggakan, gabungan Fitri dan juara CP130 2012, Azlan Shah turut membantu SCK Honda Racing mengekalkan gelaran Anugerah Berpasukan Terbaik buat kali dua berturut-turut.
"Paling penting, kami percaya Fitri sudah cukup bersedia untuk mengharungi cabaran musim ini. Dia mempunyai tahap disiplin dan keinginan yang tinggi. Dia sudah membuktikan sebelum ini dengan bantuan rakan sepasukan dan juga krew, banyak peningkatan ditunjukkannya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan