Isnin, 14 Januari 2013

Harian Metro: BeritaUtama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


City padam kecewa 38 tahun

Posted: 13 Jan 2013 03:55 PM PST

LONDON: Manchester City mengambil kesempatan ketiadaan Laurent Koscielny yang dibuang padang di awal perlawanan untuk mencatatkan kemenangan sulung di Arsenal sejak 38 tahun lalu.

Kemenangan 2-0 itu memberi ruang kepada City untuk terus memburu kejuaraan liga walaupun masih ketinggalan tujuh mata berbanding Manchester United.

Pemain antarabangsa Perancis itu dilayangkan kad merah selepas menjatuhkan Edin Dzeko dalam kawasan penalti dan menyebabkan Arsenal terpaksa beraksi dengan 10 pemain.

Bagaimanapun, sepakan penalti yang diperoleh gagal disempurnakan oleh Wojciech Szczesny, tetapi penyerang Bosnia berjaya membatu James Milner untuk gol pembukaan City.


Pasukan pelawat turut terpaksa bermain 10 pemain apabila kedua pasukan Vincent Kompany dilayangkan kad merah selepas melakukan kesalahan ke atas Jack Wilshere.


Rekod pertemuan City di Arsenal agak buruk dan kali terakhir kelab berkenan menang di gelanggang lawan adalah pada 1975. Malah, mereka tidak pernah menjaringkan gol pada lima kunjungan perlawanan liga di Stadium Emirates.

ARSENAL 0 - MAN CITY 2 (James Milner (21) Edin Dzeko (32) )

Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/14

Derita diserang 3 virus

Posted: 13 Jan 2013 03:55 PM PST

Johor Bahru: Amat memilukan melihat keadaan seorang bayi berusia setahun enam bulan yang tidak boleh berenggang dengan mesin oksigen untuk meneruskan kehidupan berikutan mengalami masalah paru-paru dan dijangkiti tiga jenis virus.

"Jika tidak menerima bantuan pernafasan daripada mesin oksigen itu untuk tempoh cuma lima minit, anak saya akan mengalami sesak nafas, tubuhnya bertukar kebiruan dan nyawanya dalam bahaya."

Demikian kata Siti Noor Anom Naton, 29, menceritakan keadaan anak bongsunya, Muhammad Hazim Mohd Rizat yang bergantung pada mesin bantuan pernafasan untuk hidup sejak dilahirkan sebagai bayi pramatang.

Siti Noor Anom berkata, sejak dalam kandungan doktor memaklumkan Hazim bermasalah kerana mendapati saiznya tidak normal iaitu terlalu kecil.

Foto

SITI Noor Anom memberi susu kepada anaknya, Hazim menggunakan tiub.


"Selepas dilahirkan dia didapati menghadapi masalah paru-paru dan mula menggunakan alat bantuan pernafasan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/14
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved