Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 18 Jan 2013 10:48 PM PST KUALA LUMPUR: Tiga rakyat Malaysia yang bekerja di pangkalan pangkalan gas, In Amenas, Algeria yang menjadi tebusan dalam serangan sekumpulan militan Rabu lalu, dilaporkan selamat dan menghubungi pihak Kedutaan Malaysia di sana kira-kira jam 2 petang (9 malam waktu Malaysia), semalam. Sementara itu, nasib dua lagi warga Malaysia yang dipercayai turut berkerja di pangkalan terbabit belum dapat dipastikan lagi kerana sehingga kini gagal dikesan atau dihubungi. Menurut Jurucakap Kedutaan Malaysia di Algeria, ketiga-tiga rakyat Malaysia itu dibebaskan kumpulan militan sebelum diselamatkan pasukan Tentera Algeria yang menjalankan operasi menyelamat. "Kesemua mereka dibebaskan kumpulan militan terbabit serta diselamatkan pasukan tentera dan sebaik mereka ditempatkan di lokasi selamat, kesemuanya menghubungi pihak kedutaan memaklumkan keadaan mereka.
Harian Metro semalam melaporkan, sekurang-kurangnya 34 tebusan dan 15 anggota militan terkorban dalam operasi tentera bagi menyelamat tebusan yang ditawan sekumpulan militan di pangkalan gas In Amenas, Algeria kelmarin dengan lima rakyat Malaysia dikatakan antara sebahagian tebusan terbabit. Maklumat diperoleh pihak Kedutaan Malaysia di Algeria ketika itu, mendapati sekurang-kurangnya lima warga Malaysia bekerja di kawasan berkenaan, namun kesemua mereka gagal dihubungi sejak insiden tawanan militan itu berlaku. Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/19 |
Posted: 18 Jan 2013 10:48 PM PST JOHOR BAHRU: "Saya rasa sebak atas semangat Johan yang sanggup datang hari ini walaupun masih perlu berehat dan menjalani rawatan lutut. Saya anggap ini adalah rezeki dan tanda sokongan daripada peminat," kata Mohd Razizan Abd Razak atau lebih popular dengan nama Zizan selepas kumpulan Jozan yang dianggotai bersama Johan, muncul juara program Maharaja Lawak Mega 2012, malam tadi. Jozan menewaskan empat kumpulan lain pada peringkat akhir yang disiarkan secara langsung menerusi Astro Warna dan Astro Mustika HD dari Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru di sini. Kejutan yang dilakukan Jozan dengan kemunculan Johan pada saat akhir, yang sepatutnya masih menjalani rawatan lutut di sebuah hospital swasta selepas membiarkan Zizan bersendirian di pentas pada dua minggu sebelumnya, ternyata membuka peluang lebih besar buat pasangan paling serasi itu membawa pulang wang tunai RM500,000 dan trofi sumbangan Astro. Menurut Johan, dia menguatkan semangat untuk datang membuat persembahan demi peminat Jozan yang banyak memberi sokongan.
Tempat kedua dimenangi kumpulan Jambu yang dianggotai oleh Zamatul Amri Zakaria (Taukeh) dan Yussry Edoo (Yus) sekali gus merangkul wang tunai RM250,000. empat ketiga dengan membawa pulang RM150,000 berserta trofi dimenangi kumpulan Shiro yang dianggotai Shahrol Azizie Azmi (Shahrol) dan Mohamad Hanaffi Razak (Ajak). Kumpulan Boboi dan Saywho yang mendapat tempat keempat dan kelima masing-masing membawa pulang RM50,000 dan RM15,000 berserta trofi. Hadiah disampaikan oleh Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani; Pengurus Saluran Astro Warna, Bob Azrai; dan Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anuar Salleh. Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/19 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan