Harian Metro: BeritaUtama |
Polis serbu makmal haram proses pil Ecstacy Posted: 21 Jan 2013 12:19 AM PST GEORGETOWN: Sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri menahan tujuh ahli sindiket pengedaran dadah dalam satu serbuan makmal haram memproses pil Ecstacy di sebuah rumah di Air Itam, di sini, Jumaat lalu. Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, dalam serbuan kira-kira jam 8.30 malam itu, polis merampas serbuk dadah Ecstacy seberat 1,275 gram, Ketamin 54 gram, Syabu seberat 22 gram serta perlatan dan bahan kimia untuk memproses dadah terbabit. "Dalam serbuan itu, kita mendapat maklumat daripada orang awam dan juga hasil risikan daripada pasukan kita sendiri dan hasilnya polis berjaya merampas dadah yang bernilai RM500,000. "Siasatan kita mendapati yang ahli kumpulan terbabit menghasilkan sendiri pil Ecstacy berkenaan dan mereka juga menggunakan mesin yang diubahsuai sebagai acuan membentuk pil," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut. RAMPAS...Abdul Rahim (dua kiri) menujukkan peralatan memproses pil Ecstacy dan bahan-bahan untuk memproses dadah. FOTO Michael Ong
Menurutnya, dadah terbabit dipercayai untuk pasaran tempatan dan sindiket ini menjadikan pengunjung kelab malam sebagai sasaran mereka untuk memproleh wang dengan mudah. "Setakat ini, semua suspek direman sehingga Jumaat bagi membantu siasatan dan kita menyiasat kes ini mengikut Seksyen 39B Akata Dadah Berbahaya 1952," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/21 |
Posted: 20 Jan 2013 12:03 PM PST Muar: Seorang kanak-kanak berusia lima tahun maut dengan kepala pecah akibat dihempap tayar lori kontena dipandu bapanya yang terbabas dan terbalik di Batu 10 Jalan Pagoh-Muar, di sini, ketika mangsa bersama kakak serta ibu bapanya dalam perjalanan ke Muar, semalam. Dalam kejadian jam 8.20 pagi itu, Mohd Afiq Amrin, 5, maut di tempat kejadian selepas lori dipandu bapanya, Mohd Yazid Banain, 44, terbabas di satu selekoh menyebabkan kenderaan berkenaan terbalik ke dalam parit berhampiran. Mohd Afiq tercampak keluar dari kenderaan itu dan dihempap tayar kanan lori kontena menyebabkan kepalanya pecah manakala bapanya patah kaki. Ibunya, Suriyati Abd Rahman, 30-an, serta kakaknya, Nur Damia Batrisya, 6, cedera ringan dalam kejadian itu. Pegawai Bomba Kanan 2 Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Muar Razali Ismail berkata, satu jentera bersama tujuh anggota dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan. Kepala budak lima tahun berkecai lepas lori kontena terbabas dalam parit.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/21 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan