Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 22 Jan 2013 11:26 PM PST PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan seorang rakyat Malaysia terbunuh dalam kejadian tebusan di In Amenas, Algeria. Mangsa yang terbunuh ialah Chong Chung Ngen, manakala nasib seorang lagi, Tan Ping Wee belum diketahuh.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dalam satu kenyataan berkata, berita itu sudah dimaklumkan kepada keluarga mendiang dan kedutaan besar Malaysia sedang bekerjasama dengan syarikat JGC untuk membawa pulang mayat mendiang. "Kerajaan amat prihatin terhadap nasib seorang lagi mangsa, Tan Ping Wee yang belum diketahui.
|
Posted: 22 Jan 2013 04:48 PM PST KUALA LUMPUR: Satu sindiket cakera padat digital (DVD) haram bukan saja menjadikan rumah dua tingkat tempat penyimpanan malah turut menggantung kain rentang yang tertulis 'rumah untuk disewa' bagi menutup kegiatan mereka itu. Lebih 1.15 juta DVD yang bernilai RM30 juta dirampas dalam serbuan Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, di Taman Bukit Indah, Seri Petaling itu, kira-kira 4 petang semalam.
Beliau berkata, sebelum ini sindiket berkenaan menjadikan gudang sebagai stor simpanan namun mereka menukar modus operandi bagi mengaburi pihak berkuasa. "Serbuan ini dilakukan selepas pihak kami mendapat maklumat orang awam mengenai aktiviti mencurigakan yang membabitkan tujuh lelaki dipercayai warga tempatan.
"Sindiket ini mungkin adalah rangkaian sama dengan sindiket yang pernah KDN serbu sekitar di Cheras, Oktober lalu," katanya.
Difahamkan, tiada sebarang tangkapan dibuat kerana suspek berjaya mengesan kehadiran pihak berkuasa dan melarikan diri melalui siling rumah berkenaan. Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/23 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan