Harian Metro: Setempat |
Posted: 13 Jan 2013 02:59 PM PST Petaling Jaya: Seorang lelaki yang memecah masuk sebuah rumah di Blok 3, Apartmen Lagoon Perdana, Bandar Sunway, di sini, dengan menyusup di celah pintu jeriji besi akhirnya terperangkap semalaman dalam kediaman itu, kelmarin. Pengerusi Rukun Tetangga (RT) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) apartmen itu Mohd Zuki Mohd Akhir berkata, suspek dipercayai gagal keluar dari rumah itu kerana tidak berjaya mengumpil pintu jeriji besi berikutan khayal di bawah pengaruh dadah.
"Kejadian disedari ejen hartanah rumah berkenaan yang mendapati pintu jeriji besi diumpil manakala pintu kediaman terbuka pada jam 4 petang sehari sebelum lelaki terbabit ditahan.
MOHD Zuki menunjukkan cara suspek memecah masuk dengan menyusup melalui celah pintu jeriji besi. "Lelaki terbabit disyaki memecah masuk rumah berkenaan yang disewakan kepada orang lain berikutan penyewanya pulang ke kampung.
Mohd Zuki berkata, pemeriksaan lanjut dalam rumah itu mendapati satu televisyen hilang dan dipercayai dilarikan lelaki terbabit pada kali pertama dia memecah masuk.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan