Harian Metro: Setempat |
Posted: 20 Jan 2013 11:35 AM PST Sepang: "Ini baru pertama kali saya menjejakkan kaki ke luar negara. Terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana memberi peluang kepada anak FELDA memperoleh ilmu berguna di London," kata pelajar Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia Universiti LimKokWing Nurhidayah Mat Disa, 24, seorang daripada 99 anak FELDA yang mengikuti Program Generasi Global LimKokWing di London. Nurhidayah yang berasal dari FELDA Besout di Sungkai, Perak berkata, dia tidak menyangka impian untuk menjejakkan kaki ke luar negara tercapai apabila terpilih mengikuti kursus empat bulan di Universiti LimkokWing London. "Banyak faedah yang diperoleh melalui kursus ini seperti menjadikan diri lebih yakin dan berani selain meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris. "Justeru, saya mengucapkan terima kasih kepada Universiti Limkokwing, FELDA dan Perdana Menteri kerana memberi peluang ini kepada anak FELDA," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, semalam.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan