Harian Metro: Setempat |
4 lelaki pecah rumah jiran tumpas Posted: 22 Jan 2013 04:10 PM PST Serdang: Penahanan empat anggota geng pecah rumah di Sri Kembangan, di sini, baru-baru ini turut membongkar kegiatan curi kereta dilakukan suspek sama. Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Abd Razak Elias berkata, empat lelaki berusia 30 hingga 40-an itu ditahan selepas memecah masuk rumah jiran mereka di Flat Serdang Raya, Seksyen 1, di sini, 17 Januari lalu.
"Dalam kejadian pecah rumah itu, mangsa yang juga peniaga berusia 50-an membuat laporan kehilangan pelbagai barangan berharga seperti jam tangan dan duit syiling.
ABD Razak (tengah) menunjukkan barang yang dirampas daripada suspek. "Dalam serbuan itu, polis menahan empat lelaki dan pemeriksaan lanjut dalam rumah didiami mereka menemui semula pelbagai barangan yang disyaki hasil daripada kegiatan terbabit termasuk cermin tingkap yang hilang itu. "Keempat-empat suspek dibawa ke balai untuk soal siasat sebelum mereka mendedahkan satu lagi kegiatan jenayah curi kereta.
Abd Razak berkata, semua suspek sudah dituduh di Mahkamah Majistret, Petaling Jaya, semalam, mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah rumah dan Seksyen 411 kanun sama kerana memiliki kenderaan curi. Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/23 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan