Harian Metro: Setempat |
Posted: 23 Jan 2013 02:41 PM PST Pelabuhan Klang: "Sudah lebih 10 tahun bekerja di sini, mana lagi tempat saya mahu kerja? Restoran ini satu-satunya punca pendapatan. Kalau mahu rampas dan robohkan kedai ini saya nak kerja apa? Demikian keluhan Mohamad Fazli Ibrahim, 25, mewakili 20 pekerja di Restolan D'Selat yang bakal kehilangan punca pendapatan selepas restoran berkenaan menerima notis mengosongkan premis yang beroperasi sejak 1999 itu.
Katanya, ia bukti penindasan kerajaan negeri terhadap golongan belia di Selangor dan ia tidak menepati manifesto mereka sebagai sebuah negara berkebajikan serta membantu peniaga muda untuk memulakan perniagaan.
Nor Ilhami berkata, selepas membayar sewa tinggi segala masalah ultiliti seperti pengurusan sampah, pembaikan bangunan serta pembersihan kawasan sekitar premis dilakukan sendiri oleh pihaknya dan bukan diselenggara MPK.
"Saya tidak kisah untuk melepaskan tapak ini sekiranya mereka membina kemudahan orang awam di sini. Tetapi, berdasarkan maklumat ia akan disewakan kepada peniaga lain. Saya pelik mengapa perkara seperti ini berlaku," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/24 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan