Harian Metro: Setempat |
Posted: 08 Jan 2013 02:27 PM PST Kuala Lumpur: Lima warga asing termasuk seorang wanita dipercayai keldai dadah ditahan polis ketika cuba menyeludup syabu dan kokain yang dianggarkan bernilai RM5 juta di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Semua mereka diberkas dalam tiga serbuan berasingan sejak penghujung Disember lalu hingga kelmarin, membabitkan rampasan syabu seberat 33.37 kilogram dan kokain sebanyak 8.4 kilogram.
"Dalam kes pertama jam 2.50 petang, 26 Disember lalu, tiga lelaki warga India yang juga penumpang penerbangan dari Colombo, Sri Lanka ditahan bersama 13 bungkusan disyaki syabu seberat 8.4 kilogram yang disembunyikan dalam bagasi selain dililit pada pinggang dan betis suspek.
NOOR Rashid menunjukkan kotak makanan yang digunakan suspek untuk menyeludup syabu. "Hasil pemeriksaan mendapati semua kotak terbabit berisi 32 bungkusan plastik mengandungi dadah dipercayai syabu seberat 24.97 kilogram," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/09 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan