Harian Metro: Arena |
Posted: Arau: Datuk Seri Shahidan Kassim yang menyokong tindakan Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegur Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai mutu pengadilan Liga M turut menekankan beliau tidak akan menghalalkan wang denda yang terpaksa dibayarnya kerana menganggap hukuman dijatuhkan badan induk itu ke atasnya 'sangat zalim'. "Saya langsung tidak dipanggil bagi siasatan ke atas saya, sebaliknya terus dihukum kerana membuat kenyataan meminta bantuan kewangan daripada FAM selain memohon badan induk itu menyelesaikan masalah bookie.
Shahidan sekali lagi menekankan beliau secara jujur menyokong Presiden FAM Sultan Ahmad Shah namun tetap dikenakan tindakan gantung dan denda.
"Siapa 'tabuh' (kecam) FAM, saya sokong dan kecaman TMJ itu menunjukkan beliau seorang pejuang dan perlu berada dalam FAM." Menurutnya, Tunku Ismail antara individu yang dilihat layak menerajui FAM dan berharap beliau tidak dikenakan tindakan disiplin seperti yang diterimanya, kelmarin, kerana menegur badan induk berkenaan.
Beliau tidak boleh menyertai sebarang aktiviti bola sepak peringkat kebangsaan dan negeri selama tempoh hukuman itu berkuat kuasa selepas surat hukuman dihantar dalam tempoh 14 hari. Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/22 |
Pertama kali di Bumi Kenyalang Posted: Kuala Lumpur: Selepas tujuh edisi berlangsung di Semenanjung Malaysia, Karnival Futsal Harian Metro buat kali pertama menjengah ke Sarawak bermula esok dan Ahad, sekali gus mencipta sejarah dengan penganjuran sulung di negeri Bumi Kenyalang itu. Dengan nilai hadiah keseluruhan RM15,200, ia berjaya menarik minat sebanyak 192 pasukan selepas tarikh tutup penyertaan tamat pada 15 Februari lalu.
Untuk Terbuka Lelaki, juara bakal membawa pulang RM3,000 manakala naib juara (RM2,000) dan ketiga (RM1,000).
Selain wang hadiah yang ditawarkan, setiap peserta juga akan menerima baju-T, beg kasut, air minuman serta makanan ringan.
Karnival Futsal Harian Metro ini dibawa oleh AmBank dengan disokong Jabatan Belia dan Sukan Sarawak serta Kementerian Pembangunan Sosial Sarawak selain dibantu H-TWO-O dan Figos manakala 56 Hotel menjadi tempat penginapan rasmi. Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/22 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan