Jumaat, 22 Februari 2013

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Pengawal MyKad palsu

Posted:

Kuala Lumpur: Sebuah syarikat kawalan keselamatan dikesan mengaut keuntungan puluhan ribu ringgit setiap bulan hasil daripada kegiatan menipu beberapa pengusaha pusat beli-belah di sekitar Lembah Klang dengan membekalkan pengawal keselamatan warga asing menggunakan dokumen palsu.

Kegiatan itu terbongkar selepas polis menerima laporan daripada pengurusan sebuah pusat beli-belah di Wangsa Maju, di sini, Isnin lalu yang mendapati beberapa pengawal keselamatan dibekalkan syarikat terbabit adalah warga Indonesia, namun memiliki MyKad dipercayai palsu.


Hasil maklumat berkenaan, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Polis Wangsa Maju membuat serbuan dan menahan lapan pengawal keselamatan dan seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun dipercayai pengurus syarikat keselamatan yang membekalkan pengawal di pusat beli-belah terbabit.

Menurut sumber, hasil serbuan jam 10.30 malam itu mendapati tiga daripada pengawal yang ditahan memiliki pengenalan diri disyaki palsu, dua lagi memiliki pasport tamat tempoh dan dua lagi tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah manakala seorang lagi dibebaskan tanpa syarat kerana warga tempatan yang memiliki dokumen lengkap.


"Syarikat berkenaan didapati memperdaya pengurusan pusat beli-belah yang hanya mahukan pengawal warga tempatan dan dokumen palsu itu digunakan sebagai pengesahan kononnya pekerja dibekalkan adalah warga Malaysia berasal dari Sabah atau Sarawak.


"Pengawal keselamatan yang ditahan juga mendakwa hanya diminta menyediakan dua keping gambar berukuran pasport dan menandatangani beberapa dokumen sebelum diberikan salinan kad pengenalan berkenaan ketika mula bertugas," katanya.

Foto

PENGAWAL keselamatan yang ditahan dalam serbuan.

Sumber itu berkata, maklumat awal mendapati dokumen palsu itu dibekalkan syarikat keselamatan kepada pekerja mereka dan syarikat terbabit mendapat keuntungan lumayan berikutan pengurusan pusat beli-belah membayar gaji tinggi untuk pekerja tempatan.


"Syarikat terbabit mengaut keuntungan berlipat ganda kerana membayar gaji yang rendah selain mengenakan bayaran bagi pakaian seragam dan kelengkapan lain digunakan pengawal warga asing itu.

"Polis percaya ramai lagi warga asing diberikan kad pengenalan palsu kerana syarikat terbabit membekalkan pengawal keselamatan di kebanyakan pusat beli-belah di Lembah Klang dan polis kini menjalankan siasatan bagi mengenal pasti dari mana syarikat berkenaan mendapatkan MyKad palsu itu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/22
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved