Jumaat, 22 Februari 2013

Harian Metro: Hati


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Terap ciri tradisional

Posted:

Busana pengantin kini semakin dipelbagaikan dari segi corak dan rekaan bersesuaian dengan perkembangan semasa, begitu juga perinciannya sama ada menggunakan manik, mutiara, kristal atau bunga tampal.

Bagi butik pengantin Tressour Collection dan PuncaQaseh Collection, kebanyakan rekaan baju pengantin dua butik ini lebih kepada gaun dengan gaya potongan moden.

Potongan gaun labuh lengan panjang serta gaun kembang menggunakan bridal satin yang dibentuk mengikut bentuk tubuh pemakai pasti menyerlahkan lagi gaya.

Namun, masih ada ciri tradisional yang diterapkan dalam rekaan pakaian bagi menampakkan sedikit ciri tradisional Melayu.


Rekaan kebaya pendek yang dipadankan bersama gaun kembang dengan potongan kain duyung lebih menyerlahkan seri pengantin terutama jika digayakan dengan kombinasi warna putih dan merah.


Malah, gaya potongan jubah ringkas dengan layah depan dua lapis juga memberikan kelainan ketara pada pengantin.

Semua pilihan rekaan itu boleh disesuaikan dengan pilihan gaya bertudung atau tidak bertudung.

Selain itu, penggunaan perincian manik turut diberi tumpuan bagi menghiasi keunikan potongan baju. Antaranya, ia digunakan secara sarat pada bahagian dada atau hujung kain serta menggunakan corak lingkaran pada baju.

Hiasan bunga tampal turut dijadikan daya penarik terutama apabila menggunakan layah baju yang meleret.

Corak bunga tampal yang boleh dipelbagaikan dengan mudah pasti memberi kelainan kepada bakal pengantin.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/23

Koleksi kasut ikut tempahan

Posted:

Kemahiran dan kreativiti tanpa sempadan dua pereka muda, Xavier Mah dan Alfred Hor berjaya menghasilkan koleksi kasut unik mengikut tempahan pelanggan.

Menerusi jenama Xalf, koleksi Xpression Basic menampilkan penggunaan material kulit anak kambing dan lembu yang lembut bagi memberi keselesaan berpanjangan.

Dihasilkan menggunakan bahan premium dari dalam dan luar negara, ia turut dihias dengan perincian halus, menjadikan setiap rekaan serasi buat wanita yang sofistikated dan mementingkan gaya anggun.

Menariknya, rekaan yang ditampilkan juga mendapat inspirasi daripada cita rasa pengguna yang mengunjungi laman web jenama berkenaan di xalfdesign.com atau ketika sesi temujanji.


Mendapat ilham menerusi memori Carrie Bradshaw ketika berjalan seorang diri di Fifth Avenue New York sambil menggayakan kasut baji tinggi, ia ternyata membawa kepada penemuan baru yang mempesona.


Gaya menarik sengaja ditampilkan bagi menarik perhatian pandangan orang yang berada di sekeliling seolah-olah berada dalam siri televisyen, Sex and the City lakonan aktres terkemuka itu.

Bukan sekadar angan-angan, malah ia dijadikan pendekatan sebelum membuat kasut bagi memenuhi cita rasa wanita masa kini khususnya kepada mereka yang obses dengan fesyen.

Rekaan yang anggun dan ceria ternyata memberi keyakinan kepada si pemakai untuk menampilkan gaya menawan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/23
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved