Harian Metro: Arena |
Posted: Brisbane: Peluang kini terbuka buat kapten Harimau Muda A, Irfan Fazail dan penyerang berbakat, Rozaimi Abdul Rahman mengetuk pintu kelab di Australia. Aksi kedua-dua pemain terbabit mendapat tumpuan pencari bakat di Australia, Brad Maloney yang juga bekas pemain kebangsaan negara itu.
Beliau yang turut hadir menyaksikan sesi latihan skuad kendalian Ong Kim Swee petang semalam turut kagum dengan persefahaman, teknik, kemahiran dan kepantasan pemain muda negara.
Irfan yang juga perancang tengah pasukan antara pemain paling lama dalam skuad Harimau Muda A dan turut membantu negara memenangi pingat emas Sukan SEA 2011. Rozaimi yang baru dipanggil menyertai Harimau Muda A tahun ini melakukan kejutan apabila meledak 10 gol pada kempen kelayakan Piala Asia Bawah 22 Tahun tahun lalu. Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/05 |
Posted: London: Pilihan utama, Sepanyol tersingkir pada pusingan pertama Piala Davis buat kali pertama sejak 2006 apabila Milos Raonis mengalahkan Guillermo Garcia-Lopez untuk memberikan Kanada kemenangan 3-2 pada perlawanan peringkat Kumpulan Dunia, semalam. Juara lima kali yang hadir tanpa pemain bintang, bergelut sejak awal di Vancouver dan Raonic menamatkan cabaran mereka dengan kemenangan 6-3, 6-4, 6-2 ke atas Garcia-Lopez bagi meraih kemenangan pertama Kanada pada peringkat itu.
Berdych meraih kemenangan mudah 6-3, 6-4, 3-6, 7-6 ke atas Wawrinka, membolehkan Czech mendahului 3-1, sehari selepas dia dan Lukas Rosol melepasi halangan pertembungan tujuh jam ke atas Wawrinka dan Marco Chiudinelli dengan keputusan 24-22 pada set terakhir.
Sam Querrey melunaskan tugasnya dengan kemenangan 4-6, 6-3, 6-4, 7-6 ke atas Thiago Alves pada perlawanan penentuan selepas Thomaz Bellucci menyamakan kedudukan 2-2 dengan mengatasi John Isner 2-6, 6-4, 6-7, 6-4, 6-3.
Sepanyol, hadir tanpa Rafael Nadal, David Ferrer dan Nicolas Almagro, ketinggalan 0-2 selepas dua perlawanan perseorangan pertama.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan