Harian Metro: Hati |
Posted: Busana pengantin kini semakin dipelbagaikan dari segi corak dan rekaan bersesuaian dengan perkembangan semasa, begitu juga perinciannya sama ada menggunakan manik, mutiara, kristal atau bunga tampal. Bagi butik pengantin Tressour Collection dan PuncaQaseh Collection, kebanyakan rekaan baju pengantin dua butik ini lebih kepada gaun dengan gaya potongan moden. Potongan gaun labuh lengan panjang serta gaun kembang menggunakan bridal satin yang dibentuk mengikut bentuk tubuh pemakai pasti menyerlahkan lagi gaya. Namun, masih ada ciri tradisional yang diterapkan dalam rekaan pakaian bagi menampakkan sedikit ciri tradisional Melayu.
Semua pilihan rekaan itu boleh disesuaikan dengan pilihan gaya bertudung atau tidak bertudung. Selain itu, penggunaan perincian manik turut diberi tumpuan bagi menghiasi keunikan potongan baju. Antaranya, ia digunakan secara sarat pada bahagian dada atau hujung kain serta menggunakan corak lingkaran pada baju. Hiasan bunga tampal turut dijadikan daya penarik terutama apabila menggunakan layah baju yang meleret. Corak bunga tampal yang boleh dipelbagaikan dengan mudah pasti memberi kelainan kepada bakal pengantin. |
Posted: Kemahiran dan kreativiti tanpa sempadan dua pereka muda, Xavier Mah dan Alfred Hor berjaya menghasilkan koleksi kasut unik mengikut tempahan pelanggan. Menerusi jenama Xalf, koleksi Xpression Basic menampilkan penggunaan material kulit anak kambing dan lembu yang lembut bagi memberi keselesaan berpanjangan.
Dihasilkan menggunakan bahan premium dari dalam dan luar negara, ia turut dihias dengan perincian halus, menjadikan setiap rekaan serasi buat wanita yang sofistikated dan mementingkan gaya anggun. Menariknya, rekaan yang ditampilkan juga mendapat inspirasi daripada cita rasa pengguna yang mengunjungi laman web jenama berkenaan di xalfdesign.com atau ketika sesi temujanji.
Bukan sekadar angan-angan, malah ia dijadikan pendekatan sebelum membuat kasut bagi memenuhi cita rasa wanita masa kini khususnya kepada mereka yang obses dengan fesyen. Rekaan yang anggun dan ceria ternyata memberi keyakinan kepada si pemakai untuk menampilkan gaya menawan. Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/23 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Hati To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan