Harian Metro: Setempat |
Posted: Kuala Selangor: Pasar malam biasanya menjual pelbagai keperluan dapur atau kelengkapan rumah, namun tidak bagi 'pasar malam' dalam ladang di Jalan Ijok-Kuala Selangor, di sini, apabila ia khusus untuk berjudi. Ironinya, 'pasar malam' terbabit terbuka kepada semua kaki judi namun hanya kenderaan VIP dibenarkan masuk manakala pemain kelas bawahan perlu meletakkan kenderaan di kawasan luar dan dijemput kenderaan disediakan penganjur.
Menurutnya, serbuan sempena 'Ops Limau' itu dilakukan jam 11.30 malam hasil maklumat orang ramai dan hasilnya, 13 lelaki berusia 28 hingga 61 tahun diberkas. Seorang daripadanya didapati penganjur pusat perjudian berkenaan.
ANGGOTA polis merampas peralatan perjudian dalam serbuan di pasar malam terbabit. Menurutnya, mereka yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor dan direman tiga hari untuk disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana berjudi dan boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/14 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan