Sabtu, 16 Februari 2013

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Berebut ikan tercicir

Posted:

Tindakan orang ramai mengutip ikan yang tercicir dari sebuah lori bukan saja membahayakan nyawa mereka yang tidak menghiraukan kenderaan lalu lalang, malah turut menyebabkan kesesakan jalan raya dalam kejadian di Bandar Nam Tung, di sini, kelmarin.

Difahamkan, dalam kejadian jam 5 petang itu, pemandu lori ikan terbabit dipercayai tidak menyedari bahagian kargonya bocor sehingga menyebabkan muatan ikan yang dibawa berciciran.


Keadaan menyebabkan orang ramai di kawasan berhampiran mengambil kesempatan mengaut ikan berselerak di atas jalan raya.

Harian Metro difahamkan, lori itu dikatakan baru saja memunggah ikan yang hampir busuk dan rosak dari pasar berhampiran sebelum dihantar ke sebuah kilang untuk dijadikan baja.


Namun, orang ramai tidak menghiraukan keadaan itu sebaliknya terus mengutip ikan di atas jalan raya untuk dibawa pulang.


Seorang penduduk dikenali sebagai Jailani, 50, berkata, dia bergegas mengutip ikan sebaik melihat orang ramai berebut berbuat demikian.

"Saya bersama penduduk kampung lain mengaut semua ikan yang berselerak sebelum memilih ikan yang elok untuk dibawa pulang," katanya.


"Rugi sekiranya ikan ini dibiarkan bertaburan dan digilis kenderaan lalu-lalang di sini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/16
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved