Harian Metro: Setempat |
Posted: Kuala Lumpur: Sebuah syarikat kawalan keselamatan dikesan mengaut keuntungan puluhan ribu ringgit setiap bulan hasil daripada kegiatan menipu beberapa pengusaha pusat beli-belah di sekitar Lembah Klang dengan membekalkan pengawal keselamatan warga asing menggunakan dokumen palsu. Kegiatan itu terbongkar selepas polis menerima laporan daripada pengurusan sebuah pusat beli-belah di Wangsa Maju, di sini, Isnin lalu yang mendapati beberapa pengawal keselamatan dibekalkan syarikat terbabit adalah warga Indonesia, namun memiliki MyKad dipercayai palsu.
Menurut sumber, hasil serbuan jam 10.30 malam itu mendapati tiga daripada pengawal yang ditahan memiliki pengenalan diri disyaki palsu, dua lagi memiliki pasport tamat tempoh dan dua lagi tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah manakala seorang lagi dibebaskan tanpa syarat kerana warga tempatan yang memiliki dokumen lengkap.
PENGAWAL keselamatan yang ditahan dalam serbuan. Sumber itu berkata, maklumat awal mendapati dokumen palsu itu dibekalkan syarikat keselamatan kepada pekerja mereka dan syarikat terbabit mendapat keuntungan lumayan berikutan pengurusan pusat beli-belah membayar gaji tinggi untuk pekerja tempatan.
"Polis percaya ramai lagi warga asing diberikan kad pengenalan palsu kerana syarikat terbabit membekalkan pengawal keselamatan di kebanyakan pusat beli-belah di Lembah Klang dan polis kini menjalankan siasatan bagi mengenal pasti dari mana syarikat berkenaan mendapatkan MyKad palsu itu," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/22 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan