Khamis, 7 Februari 2013

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Tahan warga Bangladesh salah guna permit kerja

Posted:

Kuala Lumpur: Permit kerja adalah bagi sektor pembinaan, pertanian dan perladangan, namun sekumpulan warga asing menyalahgunakannya dengan berniaga serta bekerja di gerai menjual pelbagai barangan di pusat beli-belah terkemuka di ibu negara.

Hasil maklumat orang ramai, kumpulan warga asing terbabit diberkas dalam Ops Belanja yang dijalankan Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JIWPKL), malam kelmarin.


Dalam serbuan jam 7 malam itu, enam warga Bangladesh termasuk seorang wanita ditahan kerana menyalahguna permit kerja.

Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Imigresen Kuala Lumpur James Musa Singa berkata, serbuan dilakukan di beberapa premis perniagaan beg, cermin mata, topi, barang mainan dan pelbagai aksesori perhiasan di tingkat tiga pusat beli-belah berkenaan.


"Berdasarkan aduan awam, sepasukan pegawai JIWPKL yang diketuai Mohd Zamry Mohd Nor memeriksa 10 premis yang dipercayai dimiliki dan menggaji warga asing. "Hasil pemeriksaan menahan lima lelaki dan seorang wanita semuanya warga Bangladesh yang didapati melakukan kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas dan salahguna permit serta dua daripadanya disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) kerana dipercayai majikan dan pemilik premis," katanya di sini, semalam.


Menurutnya, semua warga asing terbabit memiliki permit kerja dalam sektor lain yang masih sah tempohnya, namun disalahgunakan dan mereka kini ditahan di Pejabat JIWPKL, Jalan Duta.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/07
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved