Harian Metro: Arena |
Posted: Kuala Lumpur: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pasti akan berdepan dilema sekiranya Barcelona tidak berganjak dengan pendirian asal untuk mengadakan perlawanan menentang Harimau Malaya pada 10 Ogos ini sempena Jelajah Asia kelab gergasi Sepanyol itu ke Kuala Lumpur. Biarpun kunjungan kali pertama anak buah Tito Vilanova itu pastinya amat dinantikan peminat tempatan namun ia dilihat tidak sesuai memandangkan ia bakal berlangsung ketika umat Islam negara ini sibuk meraikan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada hari raya ketiga.
Sekiranya kelab pendahulu La Liga itu tidak mahu menimbangkan permintaan FAM yang mahu tarikh itu dipercepatkan, mana mungkin Barca akan datang ke Kuala Lumpur pada hari raya pertama dan mengadakan sesi latihan pada hari raya kedua sebelum perlawanan.
Badan induk bola sepak tanah air pastinya bersedia mengalu-alukan kedatangan kelab The Catalans itu sekiranya tarikh itu ditukar lebih awal biarpun ketika bulan Ramadan kerana Harimau Malaya pernah berdepan situasi sama ketika menentang kelab Inggeris Arsenal pada Julai tahun lalu.
"Seperti yang saya katakan sebelum ini, FAM juga perlu membuat pengesahan mengenai wakil syarikat itu adakah ia benar-benar sahih. Ini kerana kita perlu lihat dokumentasi kontrak mereka dengan Barcelona walaupun kami sudah bertemu wakil syarikat itu sebelum ini," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/11 |
Posted: Melaka: Pasukan Hang Kasturi berjaya mengungguli Kejohanan Tenpin Bowling Kampus Bandaraya Melaka (KBM) Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Ampang Super Bowl Bandar Hilir baru-baru ini. Manakala pasukan Hang Li Po dan Hang Lekir meraih tempat kedua dan ketiga diikuti Hang Tuah, Hang Kasturi, Tun Mutahir, Tun Teja dan Parameswara masing masing menduduki tangga ke ke-4 hingga 8.
Urusetia program Bakri Husin berkata, Program "Heart Race 2013 – Road To Bowling " bermula di Kolej Tun Mamat, Jalan Hang Tuah menyusuri persisiran Sungai Melaka dan berakhir di pusat bowling berkenaan.
Program dirasmikan Penolong Rektor UiTM KBM, Profesor Madya Mohd Zainuddin Hassan yang turut menyampaikan hadiah hamper kepada pemenang. Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/11 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan