Harian Metro: Arena |
Posted: Imej dan reputasi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terus tercalar apabila kira-kira 40 penyokong dan peminat bola sepak Perlis mengadakan demonstrasi aman di depan bangunan badan induk bolasepak negara itu di Kelana Jaya, pagi semalam. Penyokong yang datang dari segenap pelusuk Perlis itu hadir bagi melahirkan rasa tidak puas hati terhadap FAM yang menjatuhkan hukuman gantung 30 bulan dan denda RM39,000 terhadap Presiden Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) Datuk Seri Shahidan Kassim, 20 Februari lalu.
Menurut wakil kumpulan terbabit, Abdul Halim Abdullah Sunny, kehadiran mereka dengan mengeluarkan perbelanjaan sendiri secara sukarela itu bertujuan melahirkan kekesalan terhadap tindakan FAM menghukum Shahidan yang dianggap 'bapa pembangunan sukan' negeri terbabit. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/16 |
Posted: Pertahanan Manchester United Jonny Evans melaungkan amaran pasukannya tidak akan memberikan Manchester City walau sekelumit harapan dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris. Pasukan kendalian Alex Ferguson berdepan Reading di Old Trafford awal pagi esok, menyedari pasukan tangga kedua, City boleh merapatkan jurang kepada sembilan mata jika menang di Everton malam ini.
"Inilah perjuangan kami hingga hujung musim ini," katanya. "Kami berada pada posisi hebat dalam liga. Kami mahu memastikan tidak memberikan City peluang untuk bangkit dan merapatkan jurang.
"Saya tahu kami sering menyatakannya tapi tahun ini azam kami lebih kuat." Namun, Evans mencetus sedikit ceria buat City ketika pertahanan tengah itu mengaku United berasa kecewa berikutan penyingkiran Liga Juara-Juara dan seri dengan Chelsea pada suku akhir Piala FA minggu lalu.
"Kami berehat beberapa hari selepas perlawanan menentang Chelsea," kata Evans. "Pengurus memberi kami rehat tambahan dan kembali Rabu lalu dengan lebih cergas.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan