Sabtu, 16 Mac 2013

Harian Metro: Rap


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Konsert khas untuk peminat

Posted:

Wanita ini sarat dengan misi hidup. Merancang hal-hal yang tidak hanya berkisar pada karier muzik saja, tetapi juga sumbangan buat komuniti selain mengembangkan perniagaan diceburinya.

Namun, di antara lambakan agenda yang disusun, seperkara yang menarik perhatian sekitar Mei nanti, Mizz Nina yang juga isteri kepada 'frontman' kumpulan Hujan, siapa lagi kalau bukan Noh itu bakal merencanakan sebuah konsert.

Melihat penampilan Nina atau nama sebenarnya, Sharina Azman di pentas termasuk menilai hasil kariernya seperti pembikinan klip video dan album, cukup menggambarkan bahawa wanita ini seorang yang teliti dan 'perfectionist'.

Pendek kata, pelaburan yang besar bukan masalah asalkan hasilnya seperti diinginkan. Refleksi sikap Nina itu pasti menjanjikan bentuk persembahan yang hebat nanti.


"Sudah menginginkan hal ini sejak sekian lama. Insya Allah, konsert saya yang pertama akan diadakan di KL Live, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur pada Mei nanti khusus buat peminat.


"Untuk konsert ini saya bekerjasama dengan pasukan baru yang akan merealisasikan apa yang saya inginkan. Genevie akan bertindak sebagai pengarah muzik manakala Raja Malek pula bertindak sebagai pengarah kreatif.

"Sebagaimana diketahui umum, Raja Malek mempunyai pengalaman luar biasa dalam bidang pementasan teater. Dia mempunyai banyak idea menarik. Sebenarnya saya tidak sendiri sabar untuk melihat hasil konsert ini nanti," katanya.

Berhubung pengisian konsert pula, persembahan berdurasi satu jam itu memuatkan lagu-lagu hits Nina termasuk sebahagiannya dipetik dari album baru. Tarian dan koreografi akan menjadi elemen terbesar dalam konsert ini.

"Latihan sudah pun ­dijalankan lima kali seminggu bermula awal minggu ini. Dari masa ke semasa ia akan dikurangkan kepada tiga kali seminggu bagaimanapun bergantung sebagus mana kami ketika itu.

Selain menitikberatkan tarian, susunan muzik juga diberi sentuhan baru pada konsert berkenaan," katanya.

Menyorot perancangan lain, wanita dilahirkan pada 1 Julai 1980 itu turut merancang membuka kelas ­tariannya sendiri selain mengembangkan jenama pakaiannya, Mizz Demeanor (www.mizzdemeanor.com).

Nina berkata, dia mendapat inspirasi membuka kelas tarian selepas menerima maklum balas daripada ramai peminat yang bertanya bagaimanakah cara membolehkan mereka mempelajari tarian yang dilakukannya.

"Setiap kali membuat persembahan, saya tidak pernah menyangka akan ada peminat akan menyukai sehingga mahu mempelajarinya, tetapi itulah maklum balas yang sering saya terima setiap kali tamat persembahan.

"Justeru, saya terfikir untuk membuka kelas tarian supaya dapat berkongsi ilmu bukan saja dengan peminat di Kuala Lumpur tetapi juga dari seluruh Malaysia," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/16

Bakal tembusi pasaran K-Pop

Posted:

Dalam masa dua minggu lagi, Mizz Nina bakal melancarkan klip video terbarunya, Around The World dan bekas anggota kumpulan Teh Tarik Crew ini memanjatkan rasa syukur apabila single yang bakal dimuatkan dalam album barunya itu mendapat sambutan cukup menggalakkan.

Jika album pertama, Take Over, Nina cuba menembusi pasaran Amerika Syarikat, kali ini ia diperluaskan ke pasaran muzik Korea Selatan pula.

Hadirnya penyanyi sensasi kelahiran Amerika-Korea iaitu Jay Park sebagai penampilan khas di dalam single itu dilihat mampu merealisasikan impian Nina itu.

"Alhamdulillah, sambutan yang diberikan terhadap lagu ini amat menggalakkan seperti mana single pertama yang dipetik dari album perdana saya, What You Waiting For.


"Seluruh dunia sekarang sedang menggilai muzik K-pop dan saya berasa bertuah kerana kerjasama saya dengan Jay Park mendapat maklum balas positif daripada penggemar muzik K-Pop. Mereka ­menyifatkan muzik saya mempunyai sedikit persamaan dengan aliran muzik K-pop.


"Walaupun saya mempunyai perancangan meluaskan muzik saya ke Korea Selatan, tetapi tidaklah hingga merancang untuk menetap di sana kerana industri muzik mereka sangat ketat dan saya tidak rasa mampu mengikutnya tambahan pula sudah berkahwin.

"Sudah tentu, wanita dengan status berkahwin seperti saya tidak diterima. Walau apapun saya cuba lakukan dengan cara saya sendiri," katanya.

Menumpukan perhatian selama enam bulan bagi mempromosikan single, Around The World, ­dalam kesibukan Nina masih ­sempat meluangkan ­waktu untuk memilih lagu-lagu bakal dimuat­kan di dalam album keduanya. Menegaskan, bahawa kali ini dia mengurangkan kolaborasi kerana mahu lebih eksklusif.

Dalam pada itu, Nina bakal mengadakan persembahan di konsert Twin Towers@Live 2013 di Plaza KLCC pada 23 Mac nanti sempena Grand Prix (GP) Formula 1 (F1) Malaysia dan sambutan Earth Hour.

Konsert bermula jam 5 petang hingga 2 pagi itu turut menampilkan boyband terkenal, Backstreet Boys serta artis tempatan seperti 2NE1, One Nation Emcees, Caprice, Dem Lepak Boyz dan DJ Tatsuro.

Sehari sebelum itu turut diadakan persembahan membabitkan artis-artis seperti Demi Lavato, U-Kiss, Atilia, K-Town Clan, Project Elementz, Stylo@Live! dan DJ Face.

Ditanya mengenai pembabitan artis antarabangsa dalam konsert berkenaan, Nina berkata, ia satu usaha yang positif tetapi tidak boleh terlalu banyak dan artis tempatan juga perlu diberi ruang.

"Kita harus melihatnya dari sudut positif di mana kita boleh mempelajari cara mereka membuat persembahan dan inilah masanya juga kita manfaatkan untuk menonjolkan kreativiti serta kebolehan anak tempatan.

"Satu penghormatan apabila dapat berkongsi pentas dengan Backstreet Boys.
Kolaborasi saya dengan artis antarabangsa sebelumnya bermula dari acara seperti ini apabila mereka suka persembahan saya," katanya.

Sebelum mengakhiri perbualan, Nina turut ditanya mengenai perancangan mempunyai cahaya mata memandangkan dia pernah memaklumkan untuk berehat seketika tahun ini ­namun, dengan kesibukan jadual karier membayang­kan perkara itu seperti tidak akan berlaku dalam masa terdekat.

"Itulah konsert saya bulan Mei. Selepas itu Insya-Allah. Kalau dapat cepat, dapatlah. Kalau tidak saya percaya jangan putus asa untuk berusaha," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/16
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved