Sabtu, 16 Mac 2013

Harian Metro: BeritaUtama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


'Raja Muda' cabut lari

Posted:

Selepas lebih sebulan mengetuai pencerobohan di Kampung Tanduo, Lahad Datu, akhirnya ketua pengganas Abgimudin Kiram yang mendakwa dirinya Raja Muda Sulu disahkan sudah melarikan diri ke selatan Filipina, meninggalkan pengikutnya sendirian menghadapi pasukan keselamatan yang memburu mereka.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (PAT), Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain berkata, daripada maklumat dan risikan diperoleh, pihaknya yakin Abgimuddin sudah meninggalkan pengikutnya di Lahad Datu.


"Berdasarkan sumber tertentu, hanya pengikutnya kini berkeliaran di kawasan operasi manakala dia sudah meninggalkan Sabah, pulang ke selatan Filipina.

"Namun, Op Daulat masih diteruskan dan pasukan keselamatan kini mula memasuki Tanjung Batu untuk melakukan penggeledahan dan pembersihan," katanya pada sidang media di sini, malam tadi. Hadir sama Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.


Bagaimanapun, Zulkifeli tidak mengulas lanjut bagaimana dan bila Abgimuddin dapat meloloskan diri.


Ditanya mengenai perkembangan terkini saki-baki kumpulan pengganas di Lahad Datu, Zulkifeli memberitahu mereka kini bergerak dalam kumpulan kecil, namun tiada pertempuran berlaku semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/16

'Dia kata mahu bela saya'

Posted:

"Dia mengajak saya berjumpa di hotel untuk berbincang hal pembelian kereta selepas saya tidak puas hati dan berasa ditipu tapi apabila berjumpa dia langsung tidak bercakap mengenai kereta.

"Sebaliknya, dia berkata mahu membela saya selama tiga tahun dan memberikan apa saja, selain melakukan gangguan seksual ke atas saya," kata pelakon remaja, Eina Azman, 18 mengenai tindakan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk ke atasnya.


Eina atau nama sebenarnya, Ainur Syakina Azman berkata, kejadian di hotel itu berlaku kira-kira jam 11 malam 8 Februari lalu, dua hari selepas dia membuat laporan polis ke atas ahli perniagaan terbabit kerana didakwa menipu. Pelakon itu yang memegang watak utama dalam drama bersiri Mimpi Cinderella dan filem Ratu, berkata sebelum itu dia hanya berurusan dengan isteri ahli perniagaan terbabit untuk membeli sebuah kereta Mercedes berharga lebih RM220,00.

"Apabila dia berkata mahu membela saya selama tiga tahun dan memberikan apa saja, saya sangat sedih kerana saya ada maruah dan masih ada ibu bapa. Apa yang dilakukannya saya tidak boleh terima," katanya kepada Harian Metro.


Menurutnya, untuk membeli kereta idamannya itu dia sudah membayar RM175,500 menerusi empat transaksi dan menjelaskan duti cukai, tetapi kereta yang dijanjikan masih belum diterima.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/16
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved