Jumaat, 22 Mac 2013

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


'Tak cukup duit belajar'

Posted:

Klang: "Saya berkerja di tempat cuci kereta untuk menampung kehidupan harian di Malaysia dan membayar kos pengajian," kata seorang warga Nigeria ketika ditahan pihak berkuasa di sebuah tempat mencuci kereta.

Dia antara tujuh individu warga asing ditahan Jabatan Imigresen Selangor dalam Ops 6P di dua tempat mencuci kereta di Taman Sentosa, di sini, semalam.


Lelaki dikenali sebagai Augustine, 25, berkata, dia terpaksa berkerja di tempat mencuci kereta itu menampung pengajiannya di sebuah kolej swasta di Ampang, Kuala Lumpur.

"Saya tidak mempunyai biasiswa untuk membiayai pengajian saya, jadi saya minta wang dari keluarga angkat untuk membayar yuran pengajian," katanya.


Menurutnya, dia sudah belajar di kolej itu sejak setahun lalu dan menghabiskan hampir RM5,000 untuk membiayai pengajiannya.


"Sekarang saya terpaksa menangguhkan pengajian kerana saya tidak cukup duit untuk belajar," katanya.

Foto

WARGA Pakistan yang ditahan dalam operasi di sebuah tempat mencuci kereta di Taman Sentosa.

Foto

ANGGOTA imigresen memeriksa dokumen warga asing pada Ops 6P di Taman Sentosa.

Augustine berkata, dia diberi upah RM20 sehari untuk mencuci kereta dan sudah sebulan berkerja di situ sebelum ditahan anggota imigresen kerana tidak memiliki pas perjalanan sah.


Operasi diketuai Timbalan Penolong Pengarah Operasi Jabatan Imigresen Selangor Othman Montil bersama 11 anggota itu membabitkan penahanan lima lelaki warga India dan masing-masing seorang lelaki warga Pakistan dan Nigeria.

Othman berkata, semua yang ditahan berusia 25 hingga 47 tahun dan mereka ditahan kerana tinggal lebih masa, tidak memiliki pas perjalanan sah dan melanggar pas lawatan sosial.


"Semua yang ditahan akan dibawa Depoh Tahanan Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau dikenakan enam sebatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/22
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved