Jumaat, 22 Mac 2013

Harian Metro: Rap


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Suami beri restu berkarya

Posted:

LAGU Tolong Ingatkan Aku ciptaan dan nyanyian Ana Raffali pernah menaikkan namanya ke peringkat tertinggi industri hiburan tanah air. Apatah lagi, menerusi lagu yang dimuatkan dalam album solo sulungnya, Ketika Aku Kecil itu berjaya menobatkan Ana memenangi Anugerah Juara Lagu ke-25 lalu.

Biarpun kemenangan itu turut mencetuskan kontroversi, namun ia tetap tidak membawa apa-apa perubahan. Bahkan, Ana tetap aktif dalam karier nyanyiannya sehinggalah pada tahun lalu, Ana mengambil keputusan menamatkan zaman solonya bersama kekasih merangkap pengurus, Ahmad Aznaim Abdullah.

Kini, diam tak diam sudahpun setahun pasangan ini menjalani kehidupan sebagai suami dan isteri. Malah, seiring dengan penghijrahan statusnya sebagai isteri orang, Ana juga mengambil keputusan untuk bertukar imej kepada bertudung sepenuhnya. Kini, Ana tampak cukup bahagia, ceria dan agak berisi.

Kesempatan bertemu Ana pada majlis pelancaran album penyanyi baru, Asmidar di Publika, Solaris, baru-baru ini sedikit sebanyak dapat berkongsi cerita perkembangan terkininya.


Hadir ditemani suami tersayang, Ana sebenarnya terbabit sebagai salah seorang komposer yang menyumbang lagu dalam album Asmidar.


Mencipta lagu Sepasang Sudu, Ana berkata, ia adalah kerjasama kali pertama dilakukannya dengan menyumbang lagu untuk dinyanyikan artis lain.

Kata Ana lagi, selain menyanyi, memang dia juga suka mencipta lagu tetapi sebelum ini pernah berasa kurang yakin untuk menyumbangkan lagu ciptaannya buat artis lain.

"Bagaimanapun, saya sebenarnya tidak pernah meletak sebarang harapan tinggi untuk lagu Sepasang Sudu diciptakan ini dipilih syarikat rakaman Warner Music (M) Sdn Bhd (Warner) untuk dimuatkan dalam album Asmidar. Saya hanya sekadar mencuba nasib menghantar lagu itu kepada Warner.

"Justeru, apabila lagu ini dirakamkan Asmidar untuk dimuatkan dalam albumnya, saya amat gembira. Apatah lagi, kelunakan suara Asmidar nyata memang sesuai dan serasi dengan lagu ini. Saya yakin dengan kemantapan vokalnya dan pasti akan berjaya menarik masyarakat pendengar di negara ini," katanya.

Menurut Ana lagi, dia pun sebenarnya memang pernah berangan dan ada memasang niat untuk menghasilkan satu lagu buat Asmidar.

Katanya, lagu Sepasang Sudu juga dicipta berlandaskan kisah sepasang kekasih yang suka sama suka tetapi sayangnya masing-masing malu untuk meluahkan perasaan mereka.

"Apapun, saya sangat bersyukur lagu Sepasang Sudu bertemu jodoh dengan Asmidar. Ini kerana, lagu itu sudah saya hasilkan agak lama dan tersimpan dalam koleksi sejak 2008.

"Lagi pun, sekarang saya juga semakin aktif dengan kerja belakang tabir. Oleh itu, rasanya ini juga adalah masa sesuai untuk saya menyumbangkan lagu buat penyanyi lain," katanya.

Ujar Ana yang juga pernah popular dengan lagu Kalau Berpacaran duet bersama Suhaimi Meor Hassan dan Altimet itu, dia kini cukup berbangga apabila lagu ciptaannya dinyanyikan artis lain.

Jelasnya, mendengarkan kesesuaian vokal Asmidar mengalunkan lagu Sepasang Sudu, Ana cukup berpuas hati. Katanya tiada apa yang mampu diungkapnya selain amat bersyukur.

Bahagia dalam rumah tangga

Mengakui suaminya seorang lelaki yang cukup memahami tuntutan karier Ana sebagai anak seni, pemilik nama sebenar Ana Nur Hidayah ini memaklumkan mereka kini dalam proses bersabar menunggu kehadiran cahaya mata.

"Saya dan suami memang tak pernah merancang soal anak tetapi buat masa ini nampaknya kami masih belum memiliki rezeki. Apapun, kami tidak kisah untuk terus menunggu.

"Apatah lagi, anak adalah anugerah Allah maka kami yakin dengan ketentuan Ilahi. Barangkali, kami kini harus lebih bersabar serta memperbanyakkan doa kepada-Nya.

"Apapun, saya bersyukur hubungan kasih yang dibina bersama suami masih utuh dan kami cukup bahagia. Bahkan, masing-masing pun saling melengkapi antara satu sama lain," katanya.

Menurut Ana, sejak mendirikan rumah tangga bersama Ahmad Aznaim atau mesra dengan panggilan Naim, dia berasakan kehidupannya kini benar-benar sudah lengkap dan cukup selamat.

"Saya bersyukur dipertemukan Allah dengan Naim yang cukup memahami saya serta menjaga saya dengan baik. Hidup bersama Naim, cukup membuatkan saya berasa selamat.

"Apatah lagi, ke mana saja saya pergi dan berada, pasti Naim berada di sisi. Jadi, secara tidak langsung ia mengeratkan lagi hubungan kasih sayang yang dibina antara kami," katanya.

Menyentuh soal perkembangan kariernya iaitu penghasilan album baru, Ana berkata semuanya masih dalam proses. Katanya dia seorang yang tidak suka terburu-buru dan selesa melakukan semuanya mengikut perancangan dibuat.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/22

Sakit bukan alasan

Posted:

Kehilangan Penolong Penyunting Berita New Sunday Times, Allahyarham Meor Shariman Meor Shafie, 42, yang meninggal dunia pagi Ahad lalu sangat dirasai sebahagian penggiat seni.

Ini kerana selain berkarya dalam bidang kewartawanan, beliau yang meninggal akibat barah usus turut aktif menghasilkan beberapa skrip filem dan drama terbitan MIG, Excel–lent Pictures dan KRU Studios melalui filem seperti Main-Main Cinta, Jangan Pandang-Pandang, Salam Cinta, Duyung, Minyak Dagu, CicakMan dan Tentang Bulan.

Bukan itu saja, arwah Meor pernah menguruskan beberapa artis seperti Asyraf Muslim, Sherry Ibrahim, Aliff Satar dan kumpulan X-Factor.

Penerbit Excellent Pictures Sdn Bhd, Ahmad Idham Ahmad Nadzri berkata, beliau seperti tidak percaya arwah Meor akan pergi secepat itu meskipun sudah tahu lama akan penyakit yang dideritainya.


Malah Ahmad Idham masih rasa terkejut apatah lagi beliau mempunyai satu projek filem yang harus dilaksanakan bersama Meor tahun ini.


"Saya mengetahui berita pemergiannya melalui teman-teman selepas agak lama tidak berhubungan. Kali terakhir kami bertemu Oktober tahun lalu ketika di lokasi penggambaran filem Lari dan kami sibuk berbincang mengenai projek filem yang sepatutnya dilaksanakan tahun lalu.

"Atas beberapa sebab kami tunda ke tahun ini. Sepatutnya saya sering berhubung dengan arwah bagi mengetahui perkembangan skrip filem yang ditulisnya. Filem itu diberi judul Cinderella mengambil beberapa babak yang ada di dalam drama bersiri Cinderella yang pernah mencetuskan fenomena sedikit masa lalu.

"Saya juga tahu arwah sering keluar masuk hospital bagi menjalani rawatan, namun begitu dia tidak pernah menjadikan penyakitnya itu sebagai alasan untuk mengelak kerja sebaliknya dia begitu memberi komitmen terhadap setiap kerja yang dilakukan, justeru saya sedikit terkilan, namun akan terus menyiapkan projek terakhirnya ini dan akan saya pahatkan namanya sebagai penulis skrip filem ini," kata Ahmad Idham.

Sementara itu, penya–nyi Alif Satar yang pernah diuruskan oleh arwah Meor mengakui sedih apabila mendapat panggilan daripada adik arwah dan mengetahui berita pemergiannya melalui telefon.

Menurut Alif, dia yang ketika itu berada di Ipoh, Perak menjayakan persembahan pentas tergamam mende–ngar berita yang disampaikan dan sehari selepas arwah dikebumikan, Alif bertandang ke rumah keluarga arwah Meor di Putrajaya.

"Saya mula me–ngenali abang Meor sejak dia menguruskan saya pada 2006, ketika itu saya baru habis daripada program One In A Million. Dia seorang yang sempoi dan tidak pernah menunjukkan penderitaan yang dialami malah seboleh-bolehnya dia tidak mahu teman sekeliling melihatnya dalam keadaan sakit.

"Terlalu banyak kena–ngan yang saya lalui bersama kerana dialah yang banyak menonjolkan diri saya dan membawa saya ke syarikat Sony Music Entertainment sehinggalah setahun sebelum pemergiannya, karier saya diuruskan syarikat.

"Saya juga tidak dapat melupakan makanan kegemaran abang Meor yang begitu menyukai nasi goreng sambal masakan mama saya dan setiap kali sebelum pergi mengadakan persembahan, dia akan datang lebih awal mengambil saya semata-mata ingin makan nasi goreng sambal dan pastinya saya sangat merindukan saat itu," kata Alif.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/22
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved