Sabtu, 2 Mac 2013

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


'Jangan rampas tanah kami'

Posted:

Seramai 179 keluarga peneroka dari Kampung Seri Aman, Batang Berjuntai, Kuala Selangor, dekat sini, memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi membatalkan proses dan keputusan cabutan undi dalam kalangan pemohon baru untuk lot tanah itu.

Permohonan itu difailkan wakil penduduk, Balakrishnan Subramaniam di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, menerusi firma guaman Tetuan Kamarudin & Partners.


Mereka menamakan kerajaan Selangor, Pegawai Daerah Pejabat Tanah Daerah Kuala Selangor serta Pengarah Tanah dan Galian negeri Selangor masing-masing sebagai responden pertama, kedua dan ketiga.

Peguam Kamarudin Ahmad ketika ditemui pemberita selepas memfailkan permohonan itu berkata, semua peneroka asal berkenaan menduduki lot tanah di Kampung Seri Aman lebih 60 tahun.


"Mereka mendakwa Pejabat Tanah Daerah Kuala Selangor menerusi surat bertarikh 14 Februari lalu memanggil pemohon baru untuk membuat cabutan undi bagi memiliki lot tanah di kampung itu.


"Dalam permohonan itu, anak guam saya mendakwa kerajaan negeri Barisan Nasional pada 2007 meluluskan permohonan mereka untuk memiliki lot tanah itu menerusi surat bertarikh 18 April 2007," katanya.

Menurutnya, peneroka asal berkenaan menyatakan cabutan undi untuk pemohon baru memberi implikasi bahawa kerajaan Selangor membatalkan kelulusan lot tanah itu yang sudah diberi kepada mereka.


Beliau berkata, dalam permohonan itu, anak guamnya turut mendakwa segala usaha mereka untuk membayar premium tanah bagi lot tanah itu dihalang Pejabat Tanah Daerah Kuala Selangor sejak 2008.

Sehubungan itu, Kamarudin berkata, semua 179 peneroka asal berkenaan memohon satu perintah deklarasi bahawa surat bertarikh 18 April 2007 daripada Pejabat Tanah Daerah Kuala Selangor yang mengesahkan kelulusan lot tanah mereka masih berkuat kuasa dan sah.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/02
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved