Harian Metro: Setempat |
Posted: Klang: "Saya berkerja di tempat cuci kereta untuk menampung kehidupan harian di Malaysia dan membayar kos pengajian," kata seorang warga Nigeria ketika ditahan pihak berkuasa di sebuah tempat mencuci kereta. Dia antara tujuh individu warga asing ditahan Jabatan Imigresen Selangor dalam Ops 6P di dua tempat mencuci kereta di Taman Sentosa, di sini, semalam.
"Saya tidak mempunyai biasiswa untuk membiayai pengajian saya, jadi saya minta wang dari keluarga angkat untuk membayar yuran pengajian," katanya.
WARGA Pakistan yang ditahan dalam operasi di sebuah tempat mencuci kereta di Taman Sentosa. ANGGOTA imigresen memeriksa dokumen warga asing pada Ops 6P di Taman Sentosa. Augustine berkata, dia diberi upah RM20 sehari untuk mencuci kereta dan sudah sebulan berkerja di situ sebelum ditahan anggota imigresen kerana tidak memiliki pas perjalanan sah.
Othman berkata, semua yang ditahan berusia 25 hingga 47 tahun dan mereka ditahan kerana tinggal lebih masa, tidak memiliki pas perjalanan sah dan melanggar pas lawatan sosial.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan