Harian Metro: Arena |
Posted: 15 Apr 2013 12:43 PM PDT Kuala Lumpur: Bermain secara bertahan bukan pilihan terbaik buat Selangor apabila tampil di Stadium Shah Alam menentang Johor Darul Takzim pada perlawanan kedua suku akhir Piala FA, malam ini. Merah Kuning kendalian Irfan Bakti Abu Salim menang 2-1 pada aksi pertama di Johor Bahru, 6 April lalu menyebabkan lawan perlu mencari sekurang-kurangnya dua gol untuk menempah tiket ke separuh akhir sambil mengharapkan gawang tidak dibolosi.
"Sememangnya jentera serangan lawan tidak boleh dipandang remeh kerana tidak pernah berputus asa ditambah dengan kemungkinan import baru mereka dapat beraksi," kata pemain tengah Selangor, Mohd Amri Yahyah.
"Seperti biasa kami perlu lupakan kelebihan dan kemenangan dimiliki kerana baki 90 minit menentukan segala-galanya. Walaupun moral tinggi susulan rentetan kemenangan yang diraih, fokus perlu diutamakan," kata penyerang berpengalaman itu.
Bekas kapten Selangor itu turut berharap peminat membanjiri Stadium Shah Alam bagi menaikkan lagi semangat pemain kerana Piala FA yang paling hampir untuk dicapai bagi menamatkan kemarau kejuaraan dialami mereka sejak beberapa tahun ini.
|
Posted: 15 Apr 2013 12:32 PM PDT Sepang: Selepas mencatat kemenangan meyakinkan kategori CP130 pada perlumbaan pembuka tirai Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2013 di Batu Kawan baru-baru ini, Azlan Shah Kamaruzzaman kini memburu pula kemenangan kategori Supersports 600cc. Semangat penunggang berusia 29 tahun itu memburu kemenangan pertama kategori itu berada pada tahap terbaik apabila beraksi pada pusingan pertama Kejohanan Motosikal Asia PETRONAS di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hujung minggu ini.
"Keyakinan bertambah tinggi kerana bergandingan semula dengan pelumba Jepun, Makoto Tamada yang berpengalaman beraksi dalam MotoGP dan Kejohanan Superbike Dunia.
Azlan dan Tamada pernah menjadi rakan sepasukan Honda berlumba pada perlumbaan tahan lasak Suzuka 8 jam tahun lalu. Tamada juga menyertai Musashi Boon Siew Honda Racing menggantikan rakan dan juara tahun lalu, Ryuichi Kiyonari yang kembali menyertai Kejohanan Superbike British.
"Sejak menyertai saingan ini pada 2006, saya semakin serasi dengan tunggangan jentera berkuasa tinggi dan semakin matang. Tahun ini persiapan lebih baik, semangat lebih tinggi dan persiapan mental fokus menghadapi dua perlumbaan Supersports 600cc di Sepang pada tahap terbaik. Saya mahu memperbaiki kedudukan podium tempat kedua dan ketiga tahun lalu, meraih kemenangan jika boleh pada kedua-dua perlumbaan hujung minggu ini." Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/16 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan