Harian Metro: Arena |
'Ketiadaan TMJ, kerugian PBNJ' Posted: Kuantan: Tindakan drastik Tunku Ismail Sultan Ibrahim melepaskan jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) dilihat sebagai kerugian besar buat sukan nombor satu negara, terutama di negeri itu. Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah yang terkejut dan dukacita dengan keputusan itu, berharap Tunku Ismail menimbang semula keputusan melepaskan jawatannya itu.
"Bagi saya, mereka (PBNJ) amat memerlukan beliau, kita tengok sejak TMJ menjadi Presiden, bilangan peminat bola sepak Johor di stadium amat menggalakkan, ini apa yang saya lihat sendiri melalui media," katanya ketika ditemui selepas Majlis Anugerah Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF), kelmarin.
Sultan Ahmad Shah "Bila kita sanggup berkhidmat dalam apa jua jawatan, kita tertakluk kepada undang-undang yang perlu dipatuhi dan perlu ikut dan terima hukuman jika melakukan kesalahan.
"Saya baru saja bersama Tuanku Sultan Johor pergi ke Langkawi, Kedah. Mungkin dalam masa terdekat saya akan bertemu beliau lagi untuk bertanya 'khabar'." Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/05 |
'Rookie' tekad cabar kejuaraan Posted: Kuala Lumpur: Usianya masih remaja tetapi komitmen dan sikap mahu belajar membuatkan pelumba berpengalaman sentiasa waspada dengan kehadirannya di litar lumba. Itu gambaran diberikan terhadap Mohd Fithri Ashraf Razali, pelumba muda kategori CP130 pasukan Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing.
Menjelang saingan pusingan pertama Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Batu Kawan, Pulau Pinang, bermula esok, Ashraf, 17, tekad memperbaiki kedudukan dengan berada dalam kelompok terbaik CP130.
Musim lalu, Fithri mempamer aksi mantap apabila menaiki podium lima kali. Dia menamatkan saingan di tempat kedua di Banting dan dua kali tempat ketiga di Teluk Intan dan Sepang pada saingan Cub Prix. Pelumba muda itu menang perlumbaan Asia di Qatar dan tempat kedua di Taiwan pada Piala Impian Asia (Asia Dream Cup). Tahun lalu, Ashraf menduduki tangga tujuh keseluruhan kategori CP130 dan satu-satunya pelumba muda berada dalam kedudukan 10 Terbaik pada musim pertama menyertai pasukan itu.
"Berbekalkan rakan sepasukan yang sentiasa positif serta pengurus dan mekanik yang tahu bagaimana untuk menangani jentera, situasi seperti itu menambahkan keyakinan kepada seseorang pelumba sebelum berlepas dari petak permulaan.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan