Selasa, 2 April 2013

Harian Metro: BeritaUtama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Sanggup jadi 'mata-mata'

Posted:

Lahad Datu: Kerjasama kukuh ditunjukkan penduduk di gugusan Labian termasuk mereka yang berbangsa Suluk membolehkan pihak keselamatan melumpuhkan pergerakan pengganas Sulu dalam masa singkat selain tertumpasnya beberapa orang kanan termasuk beberapa individu dipercayai tali barut yang dicekup untuk siasatan.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, kebanyakan penduduk tempatan tidak 'merestui' pencerobohan itu dan sanggup menjadi 'mata-mata' pihak keselamatan memantau pergerakan pengganas.

"Penduduk bukan sahaja patuh arahan pasukan keselamatan supaya berpindah, malah sanggup menjadi 'mata dan telinga' supaya kejadian ini berakhir segera.

"Sikap penduduk yang antikeganasan ini terbukti apabila hasil maklumat mereka membawa kepada penangkapan beberapa individu berpengaruh, sekali gus melumpuhkan pergerakan pengganas sejak pencerobohan mereka lebih sebulan lalu di Kampung Tanduo," katanya, di sini, semalam.

Foto

PENGARAH Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Salleh Mat Rashid (kanan) memberi kata-kata semangat kepada anggota keselamatan yang mengawal pintu masuk Kampung Tanjung Labian, semalam.


Hamza berkata, berdasarkan rekod tangkapan pengganas berprofil tinggi yang dilakukan polis hasil maklumat penduduk ialah penahanan Datu Amir Bahar Hushin Kiram di kawasan paya di Semporna pada 23 Febuari lalu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/02

Dibaham buaya

Posted:

Asajaya: "Kami seolah-olah dilibas sesuatu dan pada masa sama kelibat Hiswandi hilang," kata Mohd Iwan Majid, 14, rakan kepada Mohamad Hiswadi Dollia yang dikhuatiri dibaham buaya ketika memancing di Sungai Samarahan, dekat sini, kelmarin.

Mohamad Hiswandi, 15, yang juga pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Muara Tuang dilaporkan hilang selepas tidak muncul di permukaan air ketika membersihkan tubuh sebaik selesai memancing bersama seorang lagi rakan, Mohd Yusuf Nuri, 15, jam 12.30 tengah hari.

Menceritakan kejadian itu, Mohd Iwan berkata, seperti biasa mereka ke sungai terletak satu kilometer dari rumahnya itu untuk memancing pada jam 11 pagi sebelum membuat keputusan pulang sebelum azan Zuhur.

"Saya dan Hiswandi turun ke sungai membersihkan diri, manakala Mohd Yusuf menunggu di tebing dan ketika berenang, Hiswandi berada di sebelah saya sebelum tiba-tiba kaki kanan saya tersentuh objek bersisik.

Foto

DOLLIA sugul menunggu berita nasib anaknya.


"Tidak lama kemudian, Hiswandi yang menyelam terus hilang dan pada masa sama saya melihat seekor buaya melibas ekor lalu terkena kaki saya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/02
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved