Selasa, 2 April 2013

Harian Metro: Hati


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Cili padi pelazat spageti

Posted:

Untuk menyediakan hidangan enak, perlu diketahui bahan asas yang digunakan dan tahap kesegarannya. Jika tidak, pasti rasa hidangan kurang menarik.

Selain bahan digunakan, berani mengubah suai resipi asli mengikut cita rasa sendiri juga sesuatu yang mesti dilakukan bagi mendapat­kan rahsia keenakan dalam masakan.

Menurut Chef Sous Kanan Restoran T@ste6, Hotel & Residences Swiss Garden Kuala Lumpur, Kenny Leong, bahan sesuai yang dimasukkan ke dalam hidangan kegemaran terutama masakan Barat penting bagi menghasilkan juadah yang lazat.

Ketika menyediakan spageti misalnya, memang masakan Barat kurang pedas. Tetapi jika gemarkan pedas, tiada salahnya memasukkan sedikit cili padi ke dalam hidangan spageti aglio olio.


Namun, kuantiti cili padi tidak perlu berlebihan, asalkan dapat membangkit­kan rasa sedikit pedas, ia sudah mencukupi.


Jika tidak, rasanya akan sama dengan resipi asli yang mungkin membuatkan kita bosan untuk menikmati hidangan sama setiap kali menyediakan spageti.

"Cili padi dapat membangkit selera selain dapat mengimbangkan rasa bahan lain yang digunakan seperti daun ketumbar, bawang putih dan lada hitam.

"Satu atau dua biji cili padi yang dikisar kasar dapat mengubah rasa spageti menjadi lebih enak jika memang gemarkan rasa pedas.

"Bertambah enak jika i­ngin membuat spageti udang dengan menambah sedikit air rebusan udang sebagai penambah rasa yang lebih segar," katanya ketika memperkenalkan menu terbaru di restoran terbabit sambil ditemani Chef Nor Amin Muhammad Said, baru-baru ini.

Menghasilkan enam menu Barat mengikut cita rasa Asia, Chef Leong me­nyediakan hidangan menarik seperti salad salmon nicoise yang mengandungi salmon panggang, telur rebus, kentang, tomato dan kacang buncis.

Selain itu, terdapat dua pilihan sajian spageti seperti aglio olio gaya Asia yang pedas atau inginkan rasa udang segar yang menyelerakan.

Walaupun hidangan Barat yang disediakan tampak biasa, disebabkan ia mengikut cita rasa orang Asia, Chef Leong mencampurkannya dengan sedikit cili padi untuk membangkit­kan rasa pedas.

Bagi penggemar hidangan kambing panggang pula, ia dimasak menggunakan bahan seperti cili merah dan bawang besar cincang, daun ketumbar serta minyak zaitun yang menyelerakan apabila dinikmati bersama yogurt timun selain ditaburi lada hitam di atasnya.

Untuk sajian ayam pula, hidangan ayam cordon bleu membuka selera ketika berkunjung ke restoran ini. Ia dilengkapi rasa lemak keju dan dihiasi cendawan butang, sos rosemary serta lada hitam.

Selesai menikmati pembuka selera dan hidangan utama, tiba pula giliran mencuba keenakan pencuci mulut iaitu kek coklat raspberi dengan lapisan krim meri­ngue dan kek keju campuran pati buah pic sebagai peleng­kap juadah.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/03

Syerbet buah markisa rangsang deria

Posted:

Jadual padat tanpa rehat yang cukup dan cuaca panas mudah membuatkan diri keletihan dan cepat marah. Usah biarkan­nya mengganggu aktiviti harian dengan mendapat­kan ketenangan dalaman segera menerusi syerbet buah markisa daripada F&N Magnolia yang sejuk malah lazat dinikmati bila-bila masa.

Membuatkan diri rasa ringan dan bersema­ngat, syerbet ini membantu mengembalikan semula ketenangan diri ketika waktu sibuk atau rasa tidak selesa dek bahang cuaca panas.

Berasal dari Brazil, rasa masam dan manis buah markisa ini digemari oleh masyarakat di sini sejak dulu. Ia bukan saja terkenal kerana rasanya, malah baunya yang harum.

Jika inginkan waktu rehat yang sing­kat, syerbet ini antara jawapan­nya. Setiap suapan disifatkan dapat memberi rasa yang lebih tenang serta nyaman.


Selain itu, syerbet ini adalah pencuci mulut sejuk beku yang dirumus khusus untuk merangsang setiap deria manusia.


Rasa sitrusnya dipadankan dengan cebisan buah sebenar, memberikan cetusan rasa dan sensasi dalam setiap sudu.

Selain perasa markisa, ia boleh didapati dalam tiga perasa lain iaitu laici (Luscious Lychee), manggis (Marvellous Mangosteen) dan tembikai susu (Magnificent Melon).

Ia dipasarkan pada harga runcit RM2.50 untuk satu hidangan bersaiz 85 mililiter (ml) manakala RM9.50 untuk pek pelbagai perisa yang terdiri daripada empat cawan 85ml.

Syerbet ini kini boleh didapati di pasar raya, pasar raya mini, stesen minyak dan kedai runcit. Untuk maklumat lanjut sila layari www.facebook.com/MagnoliaSherbetMY

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/03
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved